Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Friday, October 22, 2010

Hak anak terhadap NAMA dan tanggungjawab ibubapa memberikan NAMA






Salam kepada semua yang membaca entry kali ini. saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat peribadi saya terhadap isu ini. Bukan pandai sangat pun tapi saya ada hak untuk memberikan pandangan ikhlas saya.

Semalam tanpa disengajakan ada seorang ofis mate masuk ke bilik saya. Kebetulan dia terlihat buku bertajuk " Himpunan Nama-Nama Si Comel" di atas meja saya. Lalu secara spontan dia bertanya "Ai, ada apa2 ker.... dah ader buku nama nih?" " Hehehe buku tu memang ader kat sini lama dah"

Ketika itu di dalam bilik ada aku, member aku Shahir dan roommate aku Sue. Dengan terbuka kami membicarakan tentang memberi nama kepada anak-anak. Shahir berpendapat memberikan nama yang ringkas adalah lebih baik kerana mudah dipanggil dan tidak terlalu berat untuk si anak membawa nama itu. Takut2 kalau terlalu berat, akan memberi kesan kepada si anak seperti selalu demam, lemah mental dan fizikal atau mungkin makna tidak sesuai dengan anak2. Oleh yang demikian dia menamakan anaknya Muhammad Akid - Yg kuat, teguh, tetap.

Manakala Sue mempunyai pendapat yg berlainan. Su menekankan makna di sebalik nama dan nama yang akan dipanggil oleh ibu bapa si anak itu sendiri. Kerana dari nama lah lahirnya doa. Biarlah panjang tapi mempunyai makna yg elok dan dipanggil dengan nama dan doa yg elok. Sue juga tidak berapa mempercayai buku-buku di pasaran sebaliknya dia suka berpandukan al-quran dan buku2 Arab yg mempunyai makna dan jamak yang bersesuaian. Sue mempunyai seorang anak perempuan berumur 8 bulan dan menamakan anaknya dengan nama "Irdina Aulia' - penghormatan kami, kata jamak kepada wali; pemimpin"

Ye jugak ada benar nya pendapat masing2. Sering kali kita dengar nama panjang2 tapi akhirnya dipanggil nama yang lain seperti "Batuk" sebab dia selalu sangat batuk sejak dari kecil. "Andhika" - Andy. "Zarith Sofea" - Yaya. dll. Nama ke mana; makna entah ke apa. Tepuk dada tanya selera.

As for me; aku memang berpandukan buku Nama-nama Islam. Kadang2 tu aku tanyakan dahulu pada ustazah2 sama ada sesuai atau tidak. Yelah...... bahasa Arab tak lah terror sangat. Setakat "ma is mu ka?" "ma is mu ki" "kai fa haluk" "ana bil hai" hahahahahaha itu pun Arab perbualan yg aku hafal masa kat UiTM Arau dulu. Apapun THANKS Ustaz.... ilmu mu di bawa hingga ke syurga.

So, apa pandangan korang kat luar sana dalam memberikan nama nih?

4 comments:

mummy-aulia' said...

hihii..tp kan effiza, nama aulia' je yg mmg org amik dr quran.irdina tu tgk buku..& x cek pun dlm kamus arab samada mmg ada @ x perkataan tu.sbb dh berkenan punya pasal..hihiii..

tp for me mmg org sgt pentingkan nama panggilan anak2.itu jd doa utk dia.kalao kita pggil dia dgn nm yg baik, hari2 kita mendoakan dia.so x guna bg nama sedap2 tp bila dipendekkan, dah xde maksud.harap2 xdelah sapa2 pggil aulia' yaya.xde maksud.(hanya pandangan org.org lain bebas utk bersetuju @ tak..hehee)

atis said...

pada saya plak kan.. nama tu kalau boleh jgn terlalu panjang, makna perlulah diketahui dan membawa makna yang baik-baik. macam Oja kata kita bagi nama pada anak, kita dan orang panggil.. itu satu doa kpdnya.. jadi kalau nama 2 - 3 perkataan, panggilan tu kalau boleh biarlah penuh 1 perkataan yg membawa makna asal.. bukan azlina panggil ina.. eehhh.. kita pun same kan.. nama sesedap effieza.. panggil oja.. nor sunatis panggil atis.. kih..kih..kih.. (gurau je ekk)..

little gal of mama said...

hehehehe..... yup betul Sue. Yg penting nama yang kita panggil sehari-hari. Seperti sentiasa mendoakan si anak. FYI my dotter my panggil Aulia'... dia tak panggil Yaya. Budak2 ni kita kena ajar dari kecil. Kalau kita ajar sebut Aulia' (w/pun mcm susah bg dorang) dorang akan ingat nama tu sampai bila2... insya'allah.

little gal of mama said...

Aties : Huhuhuhu dulu takder ilmu la... tu sebab sekarang OTAK dah kena ASAH baru buat yg betul. Ikutkan effieza ni pun glamer jer kemain ejaan nyer... sebenarnya my late mom nak bubh hafizah. Takpelah mama, TQ for the name given. Bila dah ader ilmu kena la adaptasikan. Agar ilmu tu membantu ke syurga...insya'allah.