Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Monday, October 31, 2011

BF Quote for today


Berikan susu sehingga bayi kenyang setiap kali penyusuan agar anak mendapat khasiat susu hadapan dan belakang sepenuhnya.




Doa Untuk Ibu Yg Menyusukan


i think this doa boleh diamalkan pabila kita teringatkan baby, waktu pumping session sambil melihat gambar anak, after prayer pun boleh....

(kita berusaha dan berdoa serta tawakal pada allah atas niat yang ikhlas untuk menyusukan anak..)


" Oh ALlah


please give me the strength


to continue breastfeeding my baby with Jiddiyah and Istiqamah.


This is my responsibility and I will be questioned in the


Hereafter....."

BreastFeeding Journey : Daddy, dengarlah rintihan ini...

PESANAN UNTUK KAUM BAPA


Ibu yang menyusu bayi sangat mengharapkan sokongan dan galakan anda. Sokonglah dia jika dia membuat keputusan untuk menyusu. Sebagai bapa, anda adalah orang yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Di saat menimang cahaya mata baru inilah keadaan isteri anda cukup memerlukan anda. Sebagai ketua keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini:

Belajar mengenai penyusuan ibu susu ibu dengan berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
Peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
Galakkan ibu untuk berehat.
Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan diantara aktiviti dan rehat.
Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.

Lindungi ibu dari mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti:
  • adakah anda pasti susu anda mencukupi?
  • Kenapa bayi anda seringkali lapar?
  • Mungkin anda perlu memberinya susu botol/susu berformula

Berikan perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Cubalah mememahami tentang perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran.

Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti:

"Saya rasa lega awak dapat menyusu anak kita."
"Hari ini, biar saya saja yang masak."
"Tak sangka awak ni seorang ibu yang baik."
"Saya bangga bila tengok awak menyusu anak kita."
"Pergi lah berehat. Biar saya saja yang mandikan anak kita."

Bagi menjamin kejayaan menyusu:-
  • Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi anda.
  • Bincang dengan isteri mengenai perkara-perkara yang membolehkan anda membantunya. Cuba kurangkan beban kerja rumah, saling membantu dan saling memahami antara satu sama lain.


BEBERAPA PANDUAN UNTUK BAPA


Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti berikut:-
  1. Alahan
  2. sakit telinga (otitis media)
  3. kerap sakit teruk
  4. dan dimasukkan ke hospital
  5. cirit birit dan sembelit
  6. kerosakan gigi.

Ini bererti anda:
  1. tidak perlu kerap berjumpa doktor
  2. menjimatkan wang perbelanjaan keluarga
  3. mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga
  4. adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda kerana:
  1. Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi (sila rujuk khasiat-susu- ibu)
  2. Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
  3. Susu ibu lebih mudah dihadam.
  4. Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
  5. Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.

Sumber: http://www.susuanibu-pk.gov.my

*Thus it is so important to fully breastfeed your child... hmmm Oh ALlah please give me the strength to continue breastfeeding my baby with Jiddiyah and Istiqamah. This is my responsibility and I will be questioned in the Hereafter.....

Daddy, Susukan saya!!!!!!

Penyusuan Ibu: Ayah, susukanlah saya!

artikel ini ditulis oleh Suria Irdayu Ahmad Zaidi, Pembimbing Ibu Menyusu dari Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu, Sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia “Berkomunikasilah Dengan Saya! Penyusuan Ibu: Satu Pengalaman 3D”


Nama juga sudah penyusuan ibu, sudah tentu tugas itu adalah tugas ibu. Cliché! Betul, secara fisiologi dan tabii memang penyusuan ibu itu dilakukan oleh ibu tetapi keputusan untuk menyusu ibu atau tidak, siapa yang patut menyusukan si anak dan menanggung perbelanjaan isteri yang menyusu ibu atau perbelanjaan ibu susuan adalah tugas mereka yang diseru dengan panggilan ayah/abah/papa/daddy/abi/abati.
Mengapa Ayah?
Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kerana anaknya dan jangan pula seorang ayah (menderita) kerana anaknya. Ahli waris pun (berkewajiban) seperti itu pula. Apabila keduanya ingin menyapih dengan persetujuan dan permusyawaratan antara keduanya, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin menyusukan anakmu kepada orang lain, maka tidak ada dosa bagimu memberikan pembayaran dengan cara yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah:233)
Dari sudut seerah para Anbiya’, kita lihat Penyusuan Nabi Musa AS dan Penyusuan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Musa AS dipungut oleh keluarga Firaun dan telah dipersetujui oleh Firaun untuk isterinya memelihara Nabi Musa AS. Firaun sebagai raja yang mengaku Tuhan itu telah bertanggungjawab untuk memanggil wanita-wanita yang mahu menyusukan Nabi Musa AS dan akhirnya dengan izin Allah, Nabi Musa AS disusukan sendiri oleh ibunya.
Nabi Muhammad SAW pula lahir sebagai anak yatim. Tanggungjawab sebagai ayah telah digalas oleh datuknya Abdul Mutalib. Dialah yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk menyerahkan Nabi Muhammad SAW kepada ibu susua dan dia jugalah yang keluar mencari ibu susuan untuk Nabi Muhammad SAW. Ramai wanita-wanita yang ditanya enggan menyusukan Nabi Muhammad SAW kerana Baginda tidak mempunyai bapa. Namun, Halimatun As Saadiah tidak mahu pulang dengan tangan kosong, menerima tawaran Abdul Mutalib untuk menyusukan Nabi Muhammad SAW.


Dari ayat Al-Quran dan dua kisah di atas, kita dapat lihat peranan ayah/datuk dalam penyusuan ibu. Mereka harus menyokong dan menanggung ibu dan anak dalam tempoh penyusuan tersebut. Mereka juga harus mencari ibu susuan sekiranya isteri enggan atau tidak mampu untuk menyusukan anak mereka. Tugas ini juga harus digalas oleh waris / pengganti si ayah seperti yang dilakukan oleh Abdul Mutalib, datuk Nabi Muhammad SAW sekiranya si anak lahir sebagai anak yatim. Peranan yang digalas oleh ayah dalam penyusuan ibu ini jelas sekali mengangkat kedudukan ayah sebagai ketua keluarga dan pengemudi bahtera rumahtangga. Mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam penyusuan ibu ini kerana mereka harus bertanggungjawab memberikan makanan yang terbaik untuk isteri dan anak yang baru dilahirkan. Sudah tentu makanan yang terbaik untuk bayi ialah susu ibu yang tinggi khasiatnya, dijadikan sesuai dengan keperluan bayi mengikut masa dan mudah diperolehi.


Namun, keputusan yang harus dibuat dan disepakati bersama ini sering diabaikan oleh ibubapa disebabkan oleh kurang kesedaran dan pendedahan akan keperluan tabii si anak yang bakal lahir kepada penyusuan ibu. Apatah lagi dengan lambakan iklan-iklan susu formula di televisyen dan pemasaran yang efektif yang mereka lakukan di hospital-hospital khususnya dalam bentuk pemberian saguhati dan contoh susu formula secara percuma di kelas antenatal yang nyata bercanggah dengan tataetika pemasaran susu formula.
Sekiranya bayi yang baru lahir itu boleh berkata-kata, mungkin ayat ini yang akan diungkapkan kepada si ayah.
“Ayah, susukanlah saya!”

Banyak lagi bacaan2 ringan yang boleh membantu memotivasikan diri kita sebagai seorang IBU YANG MENYUSUKAN baby secara exclusive ini. Jom lawat blog Qaseh Bonda Journal... selamat membaca!!!

Friday, October 28, 2011

Bacaan Ringan : Dendam Anak Menantu & Ibu Mertua (18SG)

Ibu, Anak Dan Menantu
Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang
paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama
di kantin, di dalam kelas mahupun waktu belajar di luar kelas…

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran
di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur
mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi………
tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya
untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kepada Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar
dengan seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu daripada
jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman
& mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan
meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan
percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang
kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul
Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi malangtelah menimpa mereka……

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan
ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu
menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit
muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan……

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu
membuak-buak. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya……
tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi
cacat seumur hidup.

Razman bertemu dengan
doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya.Razman juga telah memohon agar doktor berjanji tidak akanmenceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu
gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka
anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.
Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan
yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya.
Doktor terdiam seketika lalu menjawab……penderma tersebut menyuruh
saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur
dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka
anaknya berkali-kali.

…………………….
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah
mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri
kesayangannya.

Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah
(ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalahkulit punggung menantunya yang dibenci.Macamana erkkk reaksi ibu mertua dia…
x elok berdendam….x baik untuk kesihatan….ekekeke


*kredit to bardbahtiar*

hehehehehe aku copy cerita nih kat blog member aku... korang leh visit member aku kat sini

Monday, October 24, 2011

Demam Cotton English Mix n Match

ECG - 12 (Sold to Riza 27/10)


ECG 13 (4m) Sold 28 Oct


ECG14 (Sold to Ummi 26/10)

ECG15 Sold 28 Oct

ECG16 (Sold to Yatie on 27/10)


ECG17

ECG18

ECG19 (Sold to Yatie 27/10)

ECG20 (4M)

ECG21 Sold 28 Oct

ECG22 Sold 28 Oct

ECG23 (Sold to Yatie 27/10)

ECG24

Mix n Match (2m + 2m = 4m)
ONLY RM65/-

Let's GRAB one...

Excluded POSTAGE!

email me : effieza07@gmail.com
state your item for booking
I'll reply your email with M2U/CIMBclick number
make total amount within 3 days
once payment made; email me with your receipt
then I'll arrange for DELIVERY..


COD :
PUTRAJAYA/BANGI/AMPANG/KERAMAT

Cepat2.... sementara stok masih ada SANGAT2 LIMITED...!!!

Friday, October 21, 2011

SPECTRA 3 - BREASTPUMP "NAK LET GO"





Kat sini nak LET GO aku punyer SPECTRA3 Breastpump la... aku nak tolak dengan other things jugak la kira pepandai aku jer nak buat set ni...
nama dia SET SPECTRA3 ALEESYA hehehehe





Machine Spectra3 Breastpump
1 x Spectra Breast Shield set for double pumping









aku bagi jugak HILSEY Cooler Bag






aku bagi jugak FREE
AUTUMN ZIP Lock Plastic Bag
- 25pcs (1 box)






aku bagi jugak FREE BAG yang oleh muatkan Pump Spectra3...






yang ini POUCH DRY aku bagi FREE jugak....!!

SEMUA ini hanya untuk

SOLD ALREADY ON 4 NOVEMBER 2011. TQVM YER 
"SAYA JUAL DENGAN IKHLAS..."
***********tidak termasuk kos penghantaran!

Wednesday, October 19, 2011

This is MINE...!!!


Hehehehe this is my MILK BOOSTER & act as my supplement also! Safely for babies ok...
(jgn bg baby plak minum,
ibunyer la yg minum/makan)

;)

my MONAVIE (acai BERRY) korang boleh review on MONAVIE jus ni kat sini. ..

my GNC FENUGREEK... nak tahu peranan fenugreek dalam diary seorang ibu yg menyusu? klik kat sini.

my BARAKA jom buat bacaan ringan tentang kapsul Baraka kat sini!

i take twice a day... for each supplement... i drink 60ml of MONAVIE juice a day..



Thursday, October 6, 2011

Jom Tambah Susu!!






Kenapa TERMENUNG tu Cik Kak? Susu korang berkurang ker? Korang tak salu bagi Baby direct feed kot? Itu tak jadi masalah... sebab korang still pumpingkan? Apa.............? Direct pun tak... pumping pun miss? Tak boleh la macam tu at least tak direct mesti kena pump SEBAB nak stimulate supply susu... Tapi kalau korang dah buat kedua2nya STILL low in level of production takpe JGN mudah MENGALAH dengan susu formula tau... kat bawah ni alternatif supplement yg korang boleh ambil untuk tambahkan kuantiti susu korang. Be POSITIVE tau...


ALFALFA


SAYURAN HIJAU JGN MISS


PIL FENUGREEK


PIL SHAKLEE


KURMA MERAH


DRIED LONGAN

PIL ASI

LoBAK PuTiH

JanTung PiSang

Biji Barli
sesuai dibuat air & minum panas2...


Jus MONAvie

PIL BARAKA



Jangan Lupa tau banyakkan minum air...!!!

ada juga yg bagi nasihat :

Rebus daun kucai bersama ikan bilis, makan bersama nasi panas, mudah-mudahan pengeluaran susu akan bertambah.

Extended Breastfeeding

Extended Breastfeeding

Kat sini aku nak ambil peluang kongsi catatan dari blog member aku yg juga breastfeeding Mummy dan juga x-roommie aku dulu kat opis yg juga salah seorang mentor dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif ni..

almaklumlah susu 6 bulan pertama memang tersangat penting dan dalam memastikan penyusuan 2 tahun untuk berjaya, perlu dipastikan penyusuan eksklusif 6 bulan itu berjaya dahulu & untuk memastikan badan ibu, demand & supply susu ibu mencukupi kepada anak.. 3 bulan pertama adalah sangat penting untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar menuju tangga KEJAYAAN..

Jom baca artikel di bawah iaitu pendapat seorang ibu Suhaili Zahidi di blog cinta-mummy.


Pernah dengar tentang extended breastfeeding? Kalau untuk masyarakat Malaysia (lebih tepatnya Melayu/ Islam kot) extended breastfeeding ni bila kita menyusu anak sehingga lebih daripada 2 tahun.


Aulia' sayang tu dah setahun lapan bulan..tapi su rasa masih belum bersedia nak bercerai susu (wean off) dengan dia. Hehe..mak nya yang tak bersedia, anak agaknya ok je.. Minggu lepas Aulia' buat perangai, dia tak nak menyusu, menangis tengah2 malam.. Geram la jugak masa tu.. Bagi susu dia tak nak.. huhuuu.. Masa tu lah su sedar yang su belum bersedia nak bercerai susu dengan aulia'. Su masih nak dia terus ajak su masuk bilik sebaik saja nampak muka su depan pintu waktu balik ofis.. Su masih nak usik2, geletek dia, ajar dia itu ini sambil su menyusukan dia.. Su masih nak rasa semua tu.. (am I being selfish here?? hmm.. )


Ok lah, su nak kongsikan satu komen di post ini. Komen tu daripada Asiah Abdul Jalil, yang diambil daripada kak Fid.. Kata kak Fid


"tanggung jawab seorang ibu ialah menjaga perkembangan anaknya, bukan setakat fizikal, malah emosi. So kalau nak paksa budak tu wean off padahal dia belum bersedia hingga dia rasa macam ibu dia dah tak mau kat dia lagi dan sibuk nak cari baby ganti hingga menjejaskan perasaan si anak, maka tak perlulah nak paksa-paksa buat macam-macam trick bodohkan anak supaya dia benci menyusu. Macam kata Along, pi letak kopi la, jadam la, nak perbodohkan anak. Kalau dia tak mau wean off, beri dia peluang lagi, bukannya si ibu akan menderita kesengsaraan pun."

Hoho.. I like... Ok, ini pula beberapa pendapat mengenai penyusuan susu ibu melebihi 2 tahun.

  • kapten hafiz Firdaus, majalah Pa&Ma Mei 2011: tempoh dua tahun yang disebut dalam al-Quran (al-Baqarah, ayat 233) ialat tempoh OPTIMUMUM. Ia bukan tempoh minimum mahupun maksimum.
  • Utusan Online, 26 Mac 2010 : Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya. Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia. Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
Secara peribadi, su bercadang nak berhenti menyusukan Aulia' selepas dia berusia 2 tahun. Tapi proses tu biarlah berlaku secara semulajadi.. Su harap Su tak sampai ke tahap perlu buat macam2 taktik just untuk wean off Aulia'. Biarlah dia berhenti dengan kehendak dia sendiri. Harap-harap macam tu lah..

Jangan risau kawan-kawan yg dah baca artikel ni... jgn paksa anak untuk wean off pd pendapat aku sbb kita tak rugi apa2... anak2 untung.. dr segi ekonomi dan kesihatan ibu pun akan memberi kesan yg positif. Bonding di antara anak & ibu akan bertambah-tambah erat! Bukannya apa sebab my dotter Nur 'Ain Afeeqah yg kini berumur 2 tahun 10 bulan masih breast feed tapi ikut suka dia jer time bila.. selalunya waktu dia tak sihat dan waktu nak tido.. ok what?


Apapun tepuk dada tanya selera tuan yg empunya tank... hehehehe


Motivasi Diri Siri 2



8 TiPs unTUk Berjaya & BahagiA

Ada org kata jika kita bahagia kita boleh buat atau lakukan apa sahaja tanpa batas yg dapat menghalang. Kerana waktu itu jiwa kita kosong ZERO, bukan kosong tak berpanduan tapi kotak Fikiran kita waktu itu bebas tiada unsur-unsur atau faktor-faktor Paksaan. Sebab itu org ramai kata untuk berjaya kita perlu hidup bahagia... vice versa!


Kat sini nak lah kongsi beberapa tips yang diambil dari blog motivasi kerja "BEKERJA DENGAN PENUH MOTIVASI...!" antara 8 tips / point yg penting:

  1. Mula Kembali
  2. Komitmen 100%
  3. Cari Penyelesaian BUKAN alasan
  4. Bina Hubungan Dengan Org Lain
  5. Jaga diri ANDA
  6. Keluarlah dari KEGELAPAN
  7. Jadilah Tangan Yg Di Atas
  8. Cari Di Mana Keseronokan BEKERJA
Mula Kembali ni bolehlah dikatakan macam once korang gagal, jangan mudah bersedih dan putus asa TAPI SEBALIKnya korang bangun dan cari apa punca dan penyebab korang gagal. Tangani dengan sebaiknya... macam org putih kata "when things are not going right or you get knocked down, bounce back right again".

Komitmen 100% ni korang pernah dengar ker... buat 60% korang dapat hasil 100%? melainkan kalau skim CEPAT KAYA PAK MAN TELO ker.... atau pun mcm yg kes penggubahan wang haram ha.... buat lah kerja cam tu nanti jadi cam Syarikat Noradz Travel tu yg dok tipu duit org ramai kan dah kena tindakan mahkamah... padan muka!!! Tak baik tau kita kena kerja dan bagi komitmen 100% lagi baik 150% dan kita PASTI akan dapat pulangan penuh 100%!!






Cari Penyelesaian Bukan Alasan. Biasalah kan alasan tu macam cara kita nak lepaskan diri dari tanggungjawab pulak kan.... so kalau ada masalah cuba cari jalan dan faktor2 penyelesaian. Kalau boleh SENARAIKAN....

Bina Hubungan Dengan Org Lain dengan erti kata lain PR kena bagus.... jaringan2 sosial tu kena kuat... tapi bukan buat SKANDAL SOSIAL pulak yer.... so kalau ada masalah kerja tak tau nak buat cam mana ker... jaringan2 ni insya'allah boleh membantu!

Jaga Diri ANDA Ini penting tau! Sebelum nak jaga org lain... nak jaga nak2 ker.. jaga suami ker... jaga pekerja di bawah ker... jaga bos ker.. kita kena make sure diri kita tu TERJAGA... terjaga dari sudut KESIHATAN, PERHUBUNGAN dgn org lain & KERJAYA anda. Hilang imbangan dlm ketiga2 aspek ni habislah... tunggang langgang hidup nanti!

Keluarlah Dr Kegelapan ni maksudnya korang jgn takut lakukan PERUBAHAN dalam diri, kerja atau apa sahaja... mcm makanan; korang jgn takut la mkn makanan lain dr yg biasa korang makan! Be kreatif sometimes changes tu akan bg impak positif termasuk dlm anjakan level of CONFIDENT korang... try tengok!

Jadilah Tangan Yg Di Atas Allah suka kalau kita ada sifat PEMURAH... ringan2kanlah tangan membantu mereka yg memerlukan. Bila kita bantu mereka yg dalam keadaan terdesak ni... insya'allah urusan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH...



Cari Di Mana KESERONOKAN Bekerja Agak2 korang dah boring dengan kerja korang apa kata korang bg sedikit sentuhan FRESHEN UP environment kerja korang, cari kawan kerja yg baru, hias ruang kerja korang dgn sesuatu yg baru, Tukar colr screen saver kat desktop korang ker.. letak pokok bunga ker.... beli pewangi bilik yg ada aromatheraphy ker..