Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!
Showing posts with label Tanggungjawab ibu bapa terhadap nama anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Tanggungjawab ibu bapa terhadap nama anak-anak. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

9 waktu mustajab nasihatkan anak-anak

9 WAKTU MUSTAJAB NASIHATKAN ANAK-ANAK

Sangat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak terutama yang sedang membesar dan memerlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :



1-Sebelum anak tidur.

2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).

3-Selepas anak bangun tidur.

4-Selepas anak mandi.

5-Selepas anak solat.

6-Selepas anak membaca al-Quran.

7-Selepas anak berdoa.

8-Selepas anak beriadah.

9-Ketika emosi anak terangsang
(contohnya selepas memarahi anak).



Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah
(apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).



Surah al-Nahl, ayat 97
(amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”



Ayat akhir surah at-Taubah
(baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”



Insyallah….Wallahualam.

(credit to
http://babyibu.blogspot.com/)

TQVM to my fren Yusliza Jamalut... "Diary of Love"

Friday, October 22, 2010

Hak anak terhadap NAMA dan tanggungjawab ibubapa memberikan NAMA






Salam kepada semua yang membaca entry kali ini. saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat peribadi saya terhadap isu ini. Bukan pandai sangat pun tapi saya ada hak untuk memberikan pandangan ikhlas saya.

Semalam tanpa disengajakan ada seorang ofis mate masuk ke bilik saya. Kebetulan dia terlihat buku bertajuk " Himpunan Nama-Nama Si Comel" di atas meja saya. Lalu secara spontan dia bertanya "Ai, ada apa2 ker.... dah ader buku nama nih?" " Hehehe buku tu memang ader kat sini lama dah"

Ketika itu di dalam bilik ada aku, member aku Shahir dan roommate aku Sue. Dengan terbuka kami membicarakan tentang memberi nama kepada anak-anak. Shahir berpendapat memberikan nama yang ringkas adalah lebih baik kerana mudah dipanggil dan tidak terlalu berat untuk si anak membawa nama itu. Takut2 kalau terlalu berat, akan memberi kesan kepada si anak seperti selalu demam, lemah mental dan fizikal atau mungkin makna tidak sesuai dengan anak2. Oleh yang demikian dia menamakan anaknya Muhammad Akid - Yg kuat, teguh, tetap.

Manakala Sue mempunyai pendapat yg berlainan. Su menekankan makna di sebalik nama dan nama yang akan dipanggil oleh ibu bapa si anak itu sendiri. Kerana dari nama lah lahirnya doa. Biarlah panjang tapi mempunyai makna yg elok dan dipanggil dengan nama dan doa yg elok. Sue juga tidak berapa mempercayai buku-buku di pasaran sebaliknya dia suka berpandukan al-quran dan buku2 Arab yg mempunyai makna dan jamak yang bersesuaian. Sue mempunyai seorang anak perempuan berumur 8 bulan dan menamakan anaknya dengan nama "Irdina Aulia' - penghormatan kami, kata jamak kepada wali; pemimpin"

Ye jugak ada benar nya pendapat masing2. Sering kali kita dengar nama panjang2 tapi akhirnya dipanggil nama yang lain seperti "Batuk" sebab dia selalu sangat batuk sejak dari kecil. "Andhika" - Andy. "Zarith Sofea" - Yaya. dll. Nama ke mana; makna entah ke apa. Tepuk dada tanya selera.

As for me; aku memang berpandukan buku Nama-nama Islam. Kadang2 tu aku tanyakan dahulu pada ustazah2 sama ada sesuai atau tidak. Yelah...... bahasa Arab tak lah terror sangat. Setakat "ma is mu ka?" "ma is mu ki" "kai fa haluk" "ana bil hai" hahahahahaha itu pun Arab perbualan yg aku hafal masa kat UiTM Arau dulu. Apapun THANKS Ustaz.... ilmu mu di bawa hingga ke syurga.

So, apa pandangan korang kat luar sana dalam memberikan nama nih?