Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Wednesday, October 5, 2011

Akhirnya Datuk Adzhar Sulaiman dan Syarikat Noradz Travel Tumpas!


Penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anak perempuannya termasuk penyanyi, Noradzrin hari ini, dihukum penjara dan denda selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram melibatkan RM59 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, dihukum penjara dua tahun dan denda RM1 juta atau penjara 10 bulan bagi kesalahan mengambil deposit tanpa lesen manakala bagi kesalahan pengubahan wang haram dia dihukum penjara tiga tahun.

Anaknya, Noradzma, 35, yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan dihukum penjara setahun dan denda RM500,000 atau penjara enam bulan bagi kesalahan mengambil deposit tanpa lesen.

Bagi kesalahan mengubah wang haram, Noradzma dipenjara dua tahun.

Seorang lagi anak Adzhar iaitu penyanyi, Noradzrin, 26, yang pernah merakamkan lagu Pujaan Malaya pula menghadapi hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mengubah wang haram.

Selain itu, syarikat Noradz Travel & Services milik Noradzma dan Noradzrin yang menjalankan perniagaan pelaburan, penyewaan kereta dan insurans turut dikenakan denda RM5 juta atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen daripada orang awam.

Kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan secara berasingan mulai hari ini.

Rozana bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela, Afifuddin Mohd. Afifi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan tetapi hukuman denda perlu dibayar hari ini.

Beliau turut meminta tertuduh-tertuduh yang sebelum ini dibenarkan memberi cagaran RM500,000 bagi ikat jamin RM1 juta setiap seorang, membayar RM500,000 lagi untuk mengenapkan jumlah jaminan asal.

Terdahulu, dalam penghakimannya, Rozana menyatakan, pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Menurut beliau, pembelaan tertuduh kedua dan ketiga bersifat penafian semata-mata iaitu mereka mendakwa tidak tahu menahu mengenai perniagaan yang dijalankan oleh bapa mereka sedangkan keterangan membuktikan mereka mempunyai peranan aktif dalam hal ehwal syarikat.

”Mencari kekayaan bukan dengan cara ini, mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang tidak mengetahui perniagaan syarikat kamu.

”Saya berharap hukuman ini akan menginsafkan kamu supaya kembali ke pangkal jalan,” kata beliau.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia (BNM) serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan menerima deposit tanpa lesen, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya.

Nak baca lagi? Klik

No comments: