Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!
Showing posts with label anak-anak nakal. Show all posts
Showing posts with label anak-anak nakal. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Sabar Dalam Mendidik Anak

Sabar? Huhuhu tajuk jer sabar TAPI tak ndinafikan kadang kala kita tak sabar jugak. Bukan korang la kot... I'm referring to ME myself.. hehehe tambahan pulak aku sorang-sorang tanpa suami di sisi menjaga, mendidik, mengasuh, membesarkan tiga orang anak kecil memang teruji tahap KESABARAN aku.

Aku baca thread sorang member yang beranak satu... (actually ramai sekarang member-member yang beranak satu ni) semua pun excited dalam mendidik anak dari menata rias anak hinggalah ke pendidikan anak... aku pun macam tu jugaklah semua diambil peduli. Bukan aku nak kata sekarang aku tak peduli dengan anak-anak... sebenarnya aku lagi kalau boleh nak bagi anak-anak PERFECT; boleh mengaji, boleh menulis, boleh mengeja, IQ tinggi, EQ tinggi, cantik, manis, bergaya, sopan, santun, pandai berbicara, sedap didengar, mengenal huruf baik ABCnyer.. Alif Ba Taaa nyer mahupun 123 nyer.. boleh berbahasa INGGERIS.. semualah kalau boleh semua pun nak!!!

TAPI

Aku terikat dengan jadual, pengaturan masa, menguruskan rumahtangga, menguruskan anak-anak, menguruskan sekolah anak-anak di samping kerja-kerja di pejabat

KALAU BOLEH

selagi mata tak tutup aku nak buat semuanya.. aku nak bersih keadaan anak-anak dan rumah yang mana aku selalu tekankan pada anak-anak especially Aqeelah yang sudah boleh berfikir "ALLAH sukakan yang cantik dan bersih, ALLAH tak suka kotor, kalau kotor maknanya kita duduk dengan..............?"

"SYAITAN...." sambung Aqeelah

semua pun aku kaitkan dengan ALLAH dan SYAITAN dan kadang kala aku boleh dengar dia membebel dengan adik dia dan ada masa dia bercerita tentang SYAITAN dari sudut fahaman dia kepada adik-adik dia... (syukur dia faham getus aku dalam hati)..

Ada masa dan ketikanya,

Fizikal ku LESU, mental tak sekuat mana dan aku mudah KALAH pada ujian ALLAH... namun aku tadahkan tangan SENTIASA memohon diberi kekuatan mengharungi segala yang telah diaturkan untuk aku dalam membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi. Ramai dan banyak orang kata; perlu kuat di dalam dan di luar!!!!

akhir-akhir ini Solat Subuh, Maghrib dan Isyak aku ditemani Nur 'Ain 'Aqeelah... syukur sangat. Bacaan dalam solat sudah dihafalnya... aku perlu membaca dengan kuat agar dia mendengar (permintaan dari seorang anak).. dan dia juga selalu mengingatkan aku tentang solat!!! Sedikit sebanyak hati seorang ibu tersentuh dan terkesan oleh pencapaian anak tanpa disedari...

Bebelanku, Leteranku, Kerahanku, Kemarahanku, Keletihanku, Kelesuanku, Keterkejaran aku selama ini rasa tebalas... Syukur padamu ALLAH; Kau Mengetahui setiap sesuatu....

Semoga aku terus sabar dan tabah dalam mendidik anak-anakku...

Amiiiiinnnnn...

Wednesday, January 25, 2012

9 waktu mustajab nasihatkan anak-anak

9 WAKTU MUSTAJAB NASIHATKAN ANAK-ANAK

Sangat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak terutama yang sedang membesar dan memerlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :



1-Sebelum anak tidur.

2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).

3-Selepas anak bangun tidur.

4-Selepas anak mandi.

5-Selepas anak solat.

6-Selepas anak membaca al-Quran.

7-Selepas anak berdoa.

8-Selepas anak beriadah.

9-Ketika emosi anak terangsang
(contohnya selepas memarahi anak).



Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah
(apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).



Surah al-Nahl, ayat 97
(amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”



Ayat akhir surah at-Taubah
(baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”



Insyallah….Wallahualam.

(credit to
http://babyibu.blogspot.com/)

TQVM to my fren Yusliza Jamalut... "Diary of Love"