Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Thursday, March 24, 2011

Persiapan Menerima "Ahli" Baru dalam Keluarga

Assalammulaikum terlebih dahulu diucapkan kepada semua tetamu blog GuGurl. Dah agak lama GuGurl tak mencoret di blog seperti yang dijanji.. Begitu juga dgn misi IGLOO CINTA yg terhenti seketika (agak lama jugak spt lamanyer saya keseorangan di ofis tanpa roommie yg ke kursus DPA)... mungkin agak sibuk dgn menguruskan ank2 yang sedang membesar dan juga fizikal yg semakin membulat dr hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan.... dan kini telah mencecah 30wks...

Saat En. Hubby tiada di sisi di kala fizikal begitu memerlukan sokongan, GuGurl tabahkan diri melalui liku2 kehidupan.. membesarkan anak2 dan menyiapkan segala-gala keperluan untuk menyambut kelahiran baru yg dijangka pada 30 May 2011 (Isnin) insya'allah... En. Hubby yang hanya kembali ke Putrajaya sebulan sekali... dan hanya untuk beberapa hari itu juga sedikit sebanyak telah meringankan kerja-kerja rumah GuGurl... anak2 juga sudah terbiasa dengan keadaan ini dan boleh memahami yang Daddy tidak akan boleh berada sentiasa di samping mereka setiap masa seperti anak-anak yang lain...

Untuk meringankan kerja-kerja rumah kadang2 aku menggaji maid service di hujung minggu.. Bukan apa pun tolong aku mengemop, lap habuk, dan lap kipas yang tinggi2 agar habuknya tidak menebal.. paling2 pun mencuci toilet atas dan bawah, mencuci dapur dan tingkap2... oklah 4 jam aku bayar RM50/-..... (kalau korang interested bolehlah contact GuGurl)..

Barang2 baby almost done... semua pun guna barang2 kakak2 dia... kecuali ada certain yang aku belikan baru khusus untuk Baby at least ada kenangan dia sendiri (reta sendiri)... TAPI dalam aku sibuk dgn brg2 baby... kakak2 dia tak ketinggalan juga dgn brg2 baru... macam mana aku siapkan bilik Baby dr tempat tidur hingga brg mandi... begitu juga dgn kakak2 dia... aku siapkan bilik dorang, belikan katil baru untuk the elder... (salu org kata yg adik dpt baru, kakak dpt yg 2nd hand TAPI aku tak nak yg elder merajuk.. sbb hati yg elder paling2 kena jaga)... dressing table untuk the elder... drawer baju untuk the elder... tilam baru untuk mereka dan tak lupa aku hiaskan bilik dorang dgn brg2 fav.. toileteries pun aku lengkapkan...

Sikit2 aku siapkan rumah... (rumahku syurgaku)... biar ank2 suka.. en. Hubby pun suka dok umah takdelah nanti aku dah berehat berpantang rumah tak siap... kalau tiada aral mungkin aku sekeluarga akan berpuasa di Kuching, sarawak tahun ini so.. rumah perlu dikemas rapi agar balik nanti untuk berhari raya bersama keluarga tidak menjejaskan mood untuk mengemas rumah. For sure akan sibuk dgn persiapan anak2 pula dan makan minum.... biar rumah siap awal! Hehehehe....

Misi DIAPERS FREE untuk My Lil Afeeqah pun terhenti sebab aku tak larat nak ke toilet bila diperlukan... insya'allah during my 2nd month of confinement boleh concentrate... (semoga Allah permudahkan..)

Oklah... ada masa aku up date lagi TAPI untuk misi IGLOO CINTA terpaksa ditangguh sementara.



2 comments:

mummy-aulia' said...

lama x update..wah..dah 30 minggu ek?x lama dah tu..semoga selamat semuanya effieza..& tahniah for ur new breastpump.hihiii..semoga si keik ni pun berjaya di full breastfeed mcm kakak dia..
fiza, do take care of urself ek..nnt kalu dah bersalin jgn lupa update org k..

bila hati berdetik rasa said...

Insya'allah Sue... EDD 30 May (Monday)... around that date insya'allah... i'll up date in my blog.. U also, do take care! Be strong; your journey in DPA almost reaching the line!