BAB 6
Ceria teratak H.M pagi ini. Semua warganya tidak sabar menanti kepulangan Mr. Hairth Hamdan The President of H.M Corporation. Hahaha..... Puan Malika sejak dari pagi tadi berada di Gazebo melihat kawasan persekitaran rumah. Dipastikan semua dalam keadaan yang teratur dan bersih. Dia sedang menanti anak-anaknya turun bersarapan bersama. Semuanya telah tersedia dan terhidang di atas meja di ruang makan. Marlisa perlu ke Driving School pagi ini. So, Marlia yang akan menemaninya ke Carrefour membeli barang-barang keperluan dapur. Esok pagi tentunya hendak disediakan makanan-makanan kegemaran suaminya. Semuanya telah dirancang dengan kemas oleh Puan Malika.
“Ibu, jom breakfast. Kak Lisa pun dah siap.”
Puan Malika mengangkat tangan kepada Marlia. Dia bangun sambil menyapu punggungnya. Sandal Crocs disarung kemas. Mengatur langkah ke dalam rumah. Sambil mengerling ke arah beberapa ekor ikan koi yang berada di dalam kolam, dia berbisik. Tunggu ya. Tuan kau dalam perjalanan pulang ke sini. Tunggu ya. Kau doakan agar tuan selamat dalam perjalanan.
“Ibu, apa lagi tu?”
“Ok..ok... ibu datang ni.”
“Lisa, your driving class start pukul berapa?”
“9.30. Kenapa, bu?”
“Ok. Lepas hantar Lisa, Ibu bawa Lia teman Ibu beli barang dapur sikit dekat Carrefour. After that baru Ibu ambil Lisa. Ok tak?”
“Takpelah Ibu, Lisa boleh minta Cikgu tu hantar Lia balik. Tak payah ibu terkejar-kejar.”
“Betul ni takpe?”
Marlisa mengngguk dengan roti penuh di dalam mulutnya. Marlia hanya tertawa melihat gelagat Marlisa.
______________________
Ramai juga orang ke Carrefour. Terasa lain hari ni. Marlia senyum sendirian. Mungkin sebab ayah nak balik. Tapi rasa sungguh lain shopping dengan ibu hari ini. Selalu tahu aje barang-barang yang ibu nak beli. Tapi hari ni seperti list yang berbeza ibu gunakan. Mungkin ibu shopping ikut taste ayah. Mungkin juga, ikutkan sahaja. Hampir penuh trollley yang ditolak. Mesti sedap menu ibu sepanjang ayah ada di sini. Marlia menelan air liur.
“Lia, ambilkan ibu a dozen of fresh milk. Please make sure it is HL . I’ll wait for you at the counter. Look like we have to queue. “
“Ok, ibu. Cukup ke a dozen? Anything else? Boleh Lia carikan.”
“No, need. That’s all. You better hurry up. Perut ibu ni, dah breakfast pun rasa lapar. “ Puan Malika memberi isyarat perutnya yang terasa lapar tiba-tiba.
“Ok, bu” Marlia berlari-lari anak ke tempat rak-rak dan hilang di pandangan. Dia ke bahagian Dairy/Juices.
“Here you are, Ibu. A dozen of fresh milk with HL brand.... your favorite!”
Setelah membayar kesemua barang-barang, Marlia membantu ibunya menolak trolley yang sarat dengan barang-barang ke escalator turun ke tingkat bawah. Puan Malika mahu ke Burger King.
Berselera kedua beranak itu. Keletihan nampaknya. Semangat yang lain dan berbeza dirasakan oleh mereka. Puan Malika seakan terasa seperti mahu menyambut kelahiran anak yang baru. Terlalu excited! Setelah selesai dan penat pun hilang, Puan Malika mengajak Marlia beransur. Menunjukkan isyarat jam.
Marlia seperti kebiasaannya membantu Puan Malika menolak trolley ke parking bay.
“Biar betul.................?” Marlia ternampak Ziela bersama seorang lelaki berjalan beriringan sambil berpegang tangan. “Lawanya, Kak Ziela” puji Marlia di dalam hati, memang persis model dengan gaya dan lenggok jalannya. Pasangan itu menuju ke sebuah kereta Mitsubishi Lancer berwarna putih dan bercermin gelap. Tiba-tiba Ziela menoleh. Jarak 5 meter di antara mereka kelihatan dekat. Kerana kedua-duanya tergamam!
“MARLIA.....!! Macam mana boleh kantoi dengan dia ni pulak?!” Kaku seketika Ziela. Tersedar kembali apabila jari-jarinya ditarik lembut oleh lelaki di dalam kereta itu. Dia masuk lalu menarik pintu kereta rapat. Air muka berubah seketika takut-takut dikesan oleh jejaka tampan di sebelahnya – Mukhlish Azizi Datuk Zol Bahari, 28 tahun. Tangan jejaka itu digenggamnya erat mencari kekuatan. Dan tangan itu diciumnya berkali-kali. Wajah itu ditenungnya dalam-dalam. “Aku pasti, kegembiraan dan keindahan ini tidak dapat diberikan oleh Muzzil kepada aku! Aku nekad”
“Lia!”
“Eh, ibu.”
“Kenapa? Lia kenal ke gadis tu? Kawan Lia ke? Tak kenal dengan Ibu pun”
“Tak ada apalah ibu.” Marlia kemudiannya membantu Puan Malika memindahkan barang-barang di dalam trolley ke bonet kereta. Tetapi dia masih tidak dapat menghilangkan gambaran situasi tadi. Tiba-tiba dia teringatkan Muzzil. Oooopppsss! Abang Syah.
--------------------------------------
“Betul, Bieha. Aku nampak depan mata aku sendiri benda ni. Kak Ziela dengan seorang mamat TAPI mamat tu bukan Abang Syah! Percayalah cakap aku....”
“Aku percaya cakap kau. Tapi macam mana aku nak percaya kalau tak ada bukti. Kau jugak cakap dulu mulut-mulut ni tak boleh percaya. Ingat tak, bila aku cerita dengan kau apa yang Erin, Shela ngan Nad nampak tu... kau tak percaya kan? Macam tu lah aku sekarang ni! Kalau kau cerita ngan Syah pun, for sure dia takkan percaya. Unless kalau nampak dengan mata sendiri!”
“Kesian kat Abang Syah. Dia ingat Kak Ziela sibuk dengan photo shoot rupa-rupanya sibuk ke sana-sini dengan pakwe lain! Nak aje aku bagi tahu tapi macam kau cakap; dia takkan percaya kalau tak tengok dengan mata sendiri kan?”
“Dah lah, lupakan! Sekarang yang penting kau siap-siap. Pukul berapa kau nak pergi Airport?”
“Sekejap lagi lepas Isya’ Ibu kata. Ibu suruh solat and dinner first.”
“Pesan Ibu drive carefully. Aku pulak tak sabar nak jumpa Ayah Harith.”
“Jomlah, kalau nak ikut!”
“Tak mahulah. Menyibuk jer aku karang....”
“Kau kan muka tak malu! Muka tembok! Hehehehe...”
“Katalah apa kau nak kata tapi aku nak ingatkan kalau nampak si Ziela tu lagi, ko snap la guna i-phone tu...! Apa guna ada handphone canggih kalau tak reti guna! Kahkahkah....” Kedua-dua mereka ketawa.
____________________________
“Ya Allah kenapa mesti aku yang nampak! Kenapa? Kenapa?” Tak henti-henti Marlia memikirkannya. Puan Malika dan Marlisa kelihatan sedang mundar-mandir di Balai Ketibaan menanti En. Harith. Tak sabar mereka menunggu kepulangan yang dinanti. Tidak sabar Puan Malika untuk memeluk suami yang dirindui. Tak sabar juga bagi Marlisa, tapi tidak sabar hendak melihat ole-ole dan hadiah yang telah dijanjikan En. Harith kepadanya. Marlia masih duduk di bangku setia menanti ayahnya. Tetapi saat ini, dia masih ligat memikirkan tentang Ziela dan Muzzil. Benci pada apa yang dia nampak dan kasihan pada lelaki bernama Muzzil Syah.
Kenapa Tuhan memberi balasan yang sedemikian pada ikhlasnya cinta Muzzil Syah pada Ziela. “Tak adalah handsome sangat pun mamat tu. Cuma bergaya la nampak kematangannya melayan Kak Ziela. Tapi apa kurangnya Muzzil Syah?” Marlia mencari perbandingan dan jawapan atas apa yang berlaku. “Kenapa mereka tidak berlaku jujur? Apakah semua yang bercinta pun begitu? Tapi cinta Ayah dan Ibu kekal hingga wujudnya aku dan kakak... utuh sehingga kini. Mereka tidak sabar dengan ujian Tuhan?” Marlia buntu. Cuba mencari penyelesaian cinta Muzzil Syah dan Ziela Zakirin. “Kalaulah Abang Syah mengizinkan aku memiliki cinta dan kasihnya, tentu aku takkan pernah mensia-siakannya. Aku akan menghargai kehadirannya.” Marlia mula membina harapan.
“Abang Syah, andai abang tahu apa yang terjadi terhadap cinta yang abang bina. Apa yang akan abang lakukan? Jahatkah Lia merahsiakan perkara ini dari pengetahuan abang?” Marlia cuba menyalahkan dirinya. Arggghhh buntu Marlia saat ini. Marlia merenung jauh, cuba memahami keadaan yang berlaku. Cuba untuk mencari penyelesaian. Cuba untuk mencari punca segala yang berlaku.
Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera,
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
Marlia menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar jeans. Dikeluarkan handphone i-phone pinknya. Gullppp...!! +60123614007 is calling......... Ish! Kenapa siapa pulak tiba-tiba call ni? Nombor tak familiar ni?
Tapi Kanda mahu cahaya mata,
Dinda belum bersedia,
Kanda dah beria ria,
Jadi yg mana satu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Marlia membiarkan i-phonenya terus berbunyi berlagu riang... tapi hatinya ketika itu penuh tanda tanya. Marlia hanya memandang sayu.... 1 Missed Call.
“Assalammu’alaikum!”
“Wa’alaikumsalam....” Marlia menoleh kerana dia mengenali suara itu.
“Abang Syah.....”
“Syah call tak nak angkat! Kenapa?”
Marlia masih duduk terpaku di kerusi. Bertambah kaku bila Muzzil Syah mengambil tempat duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.
“Tunggu ayah ke? Kenapa tak join ibu dan Marlisa di arrival bay?” Marlia bertambah bingung. Dia mengetuk-ngetuk i-phone pink berkali-kali ke peha. Seperti mencari jawapan kepada semua persoalan.
“Hei, kenapa ni? Nampak lost aje!”
“If you don’t mind abang Syah. Lia nak tanya something. Actually everything......”
“Ok, I don’t mind. Just ask what is wondering you right now?”
“Tak adalah. Firstly, Lia nak tahu dari mana abang Syah dapat nombor Lia? Because, I never give my number to you......”
“Ok, that’s make sense! You are right, I don’t have your number BUT now I have it. Nak tahu ke dari mana Syah dapat?”
“From who?” excited Marlia ingin tahu siapa yang memberikan.
“Tulah, dok dekat sini, termenung jauh ingat kat pakwe la tu. Ibu dengan Marlisa tak sabar nak jumpa ayah. Dia boleh duduk termenung kat sini! Kalau Lia nak tahu, Syah tak ada niat pun nak ambil nombor Lia. Marlisa yang bagi tadi. With the permission from Ibu Lia ok. Marlisa bukan curi-curi bagi tau! Jangan salah sangka.”
“Ha? Kak Marlisa yang bagi dengan izin ibu? Aduh nanti ayah pun tahu kalau ibu dengan Kak Lisa cerita! Ah, mana nak sorok muka ni?” bisik Marlia di dalam hati.
Perjumpaan yang tidak disengajakan itu membawa kepada sebuah ikatan persahabatan di antara Marlia dan Muzzil Syah. Sungguh selesa Muzzil bercerita dengan Marlia. Tetapi sepanjang mana mereka bercerita, Marlia cuba untuk tidak memberitahu tentang Ziela. Perkara yang berlaku di hadapan matanya pagi tadi.
“Amboi! Dah ada boyfriend anak ayah ni!” teguran En. Harith disambut ketawa daripada Puan Malika dan Marlisa. Perbualan antara Marlia dan Muzzil terhenti setelah ditegur en. Harith.
“Uncle..” Muzzil bersalaman dengan En. Harith.
“Ayah........ ni bukan boyfriend Lia la... kawan je. Kawan Lia dan Kak Lisa. Kitorang satu sekolah. Dia ni satu kelas dengan Kak Lisa.”
“Eh, nak petik-petik nama akak pulak ni kenapa?” Marlisa ketawa lagi melihat gelagat adiknya.
“Oklah, Uncle. Saya minta diri dulu. Kebetulan jumpa Marlisa dan Marlia ni. Jemput abang saya yang baru balik dari German. Dia balik bercuti ziarah keluarga. “
Muzzil Syah memberikan isyarat untuk beredar kepada mereka. Keluarga En. Harith dan Puan Malika berpelukan gembira! Marlia tersangat gembira pada malam itu!! Tak sabar untuk dicatatkan ke dalam Diary kesayangannya...... Selamat Malam........
____________________
No comments:
Post a Comment