Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Monday, October 25, 2010

Menjauhi lebih BAIK dari mengubati

Entah kenapa mengandung kali ini aku rasa badanku x berapa bersedia. Lemah-lemah badan (mungkin disebabkan kuantiti ais @ air sejuk yang diambil).. pagi2 aje aku selalu rasa gelap mata nak pitam.. pagi2 memang lapar nak makan cepat tak leh perut kosong.. malas tak leh nak cakap. Bab makan pulak kalau dapat masak sendiri ringkas2 pun takper mcm SEDAP SANGAT dah... ngeh..ngeh..ngeh..

Aritu MIL aku masak gulai perut dengan rebung... aku macam was2 ajer nak makan. Bukannyer aper rasa macam takut nak makan rebung tu. Boleh ker.. atau tak boleh... MIL aku kata boleh. Tapi usia kandungan aku baru 9 minggu. Takut sangat boleh ke tak boleh... aku makan jugak! Tapi lepas makan ader rasa takut jugak... aku doa banyak2 time perform Isya' tuuu.... Alhamdulillah esoknyer tak ader apa2.. tapi aku rasa still tak nak dah makan REBUNG. Cukuplah itu jerr.. tak nak amik risiko!!

So, kat sini aku kongsikan sedikit info yang aku copy dari iaitu blog my permata hati.com semoga kita sama-sama mendapat ilmu dalam melalui proses kehamilan ini.

MAKANAN YANG DILARANG KETIKA HAMIL

Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan karena mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksopla smosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.

• Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

• Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.

• Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga perhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.

• Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA merekomen ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebanyak 12 auns perminggu.

• Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.

• Jangan minum minuman yang mengandung alcohol kerana ia dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin dan juga problem emosional pada bayi.

• Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi kerana kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.

Ingatlah perkembangan bayi dalam kandungan anda tergantung dari apa yang anda makan selama kehamilan.

No comments: