Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Wednesday, March 30, 2011

Jadikan Kes Pegawai Kastam Sbg Peringatan Dalam Mengejar Nikmat Dunia

Jenayah gelap pasangan Kastam

PUTRAJAYA - Sepasang suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan rasuah.

Pasangan itu ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas diketuai SPRM ekoran serbuan pasukan itu ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak kelmarin.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, kedua-dua pegawai itu ditangkap bagi membantu siasatan berhubung penglibatan jenayah yang membabitkan mereka.

"Ratusan ribu ringgit wang ditemui di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Pasangan suami isteri tersebut dipercayai berusia lingkungan 50an.

Difahamkan, suspek lelaki tersebut melibatkan seorang pegawai Kastam berpangkat Datuk.


Wargh!!! Dia buat dah...!! Terpampang di muka depan akhbar2 tabloid negara.... kecoh pagi2 ni.... siapa nak jawab? Pelbagai pihak akan terkena... yang buat sudah pasti tak senang duduk... yang terlibat secara langsung dan tak langsung juga dah ready payung... perisai... dan macam2 lagi... menjawab lah kamu wahai suami dan isteri... TAPI tetap yang di atas sana "DIA YANG SATU; melihat dan mengetahui apa yang kamu lakukan... walau perkara sekecil zarah kamu cuba sorokkan dari pandangan umum sehingga perkara yang sebesar gajah.. DIA MAHA MENGETAHUI.....


artikel ini bukan sekadar bacaan dan pendedahan umum TAPI juga ia mengingatkan aku bahawa bagaimana licik dan bijak kita di dunia ini... pasti terjerat juga suatu hari nanti... tidak di dunia.. di akhirat sana pasti kita ditanya!!!


PERINGATAN juga untuk En. Hubby yang bekerja di sempadan sana... jauh di perantauan... di negeri orang... waspadalah dan hati2lah dalam setiap perkara.... sentiasa berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan urusan dan sentiasa dilindungi dari perkara2 yang syubhah... semoga rezeki yang kita dapat dalam mengembangkan umat Muhammad S.A.W adalah dari hasil yang HALALAN TOIYIBAN... mudah2an insya'allah..

No comments: