Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Friday, October 22, 2010

Book Review



Now time for Book Review. sama-sama kita berkongsi pandangan (ala-ala majlis ilmu / syura gitu)..

Pengarang: Zahazan Mohamed

Penerbit: Telaga Biru

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.

Ini adalah antara buku fav. aku yang dihadiahkan oleh En. Hubby tercinta ketika aku sedang menanti kelahiran anak yang ke-2.. ketika aku sedang menanti di wad bersalin, buku inilah yang menemani aku dan menenagkan aku sambil mendengar alunan ayat-ayat suci al-quran di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati Kuala Lumpur.

Sehingga sekarang aku tidak pernah jemu membacanya. Kini dengan izin Allah aku mengandung untuk kali ke-3 dan buku ini juga yang akan aku bawa di dalam handbag. At least tgh tunggu giliran tu boleh baca tak lah mangu sorang2....

Di sini aku kongsikan bersama korang semua tentang KASIH & MANJA.

1. Tidak Membiasakan Anak-anak Dengan Sebarang Kerja - kerana takut anak itu ditimpa sesuatu yang tidak diingini. Sedangkan para psikologi ada berkata:

tiada sesuatu yang menyebabkan anak itu lebih sayang kepada ibu bapanya selain daripada tugasan yang disuruh oleh ibu bapa itu sendiri


2. Tidak Membenarkan Anaknya Ke Mana-mana Tanpa Ditemani Oleh Penjaga - sepatutnya anak-anak perlu dibiarkan bersendirian pada sesetengah keadaan untuk merangsang derianya secara sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Biarkan dia bermain, melompat, memanjat pokok selagi tidak membahayakan, seiring dengan pengawasan.

3. Ada Bapa Yang Sanggup Bergaduh Dengan Orang Lain Kerana Mempertahankan Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Anak Sendiri - seperti memecahkan pasu bunga, mematahkan pokok dengan alasan anaknya masih kecil dan tidak tahu.

Kesan-kesan Memanjakan Anak

1. Anak tidak mampu menjunjung risalah Islam.

2. Anak-anak tidak berasa bersalah dengan kesalahannya.

3. Anak-anak rasa pentingkan diri dan melakukan kejahatan sesuka hati.

4. Anak-anak suka bergantung dan tidak suka berfikir.

5. Merosakkan anak-anak.

What Say You Out There...?

No comments: