Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Wednesday, October 27, 2010

Hati-hati ; Anakku pencinta FISH BALL


Tadi kebetulan ada masa terluang sedikit selepas Lunch... singgah sebentar kat Library MOF dengan Sue dan Yus. Ingat nak baca Pa&Ma.. kebetulan pulak Su dah capai dulu, so saya beralih ke arah majalah yang lain di atas rak. Tiba-tiba tertarik dengan majalah Al-Islam yang highlight isu utama Bebola Ikan Mengandungi Plasma Darah. Ohmaigot.... Si kakak 'Aqeelah suker benor dengan FISH BALL. So saya pun terus capai majalah Al-Islam dan mengambil tempat untuk membaca kisah selanjutnya.

Antara yang dihighlight adalah plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.

Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan haram. Ketahui kupasan selanjutnya dalam link ini.

1 comment:

bila hati berdetik rasa said...

Huhuhu.... berkat ke LIBRARY. Iqra' - "Bacalah".... dengan membaca kita mendapat ilmu.... ada ilmu praktikkan supaya ada KEBERKATAN dalam ilmu pengetahuan itu.

Bukan anak jer.... mommy dia pun FAVOURITE FISH BALL!!