Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Friday, October 29, 2010

Masa untuk berkarya

~ IGLOO CINTA ~
Episod Pengenalan

“Engkaulah yang kurang ajar!” tempik Marlia pada kakaknya.

Papp!!

“Aduh!” Marlia memegang pipinya, tamparan yang hinggap di pipinya benar-benar berbisa. Terasa bahangnya. Berkaca mata Marlia. “Apa salah Lia?” getus hati kecil Marlia. Tidak berani dia memandang ibunya yang berdiri di hadapannya.

“Mulut tu kalau nak bercakap, jaga sikit. Kalau Lia kata kakak kurang ajar, maknanya Lia menghina ibu, Apa yang ibu kurang didik dan kurang ajarkan pada kakak? Rasanya ibu dah ajar anak-anak ibu cukup dah. Tapi ibu tak ajar kamu semua untuk kurang ajar sesama ahli keluarga. Ingat tu, Lia. Ibu tak nak perkara ni berulang. Faham?”

“Faham, bu.” Jawab Marlia perlahan sambil menahan sakit yang masih bersisa.

Ibu terus melangkah ke dapur. Marlisa dengan rasa puas yang amat sangat melihat Marlia ditampar Ibu terus melarikan diri ke ruang tamu; menonton TV.

Marlia ke jendela bilik, merenung burung-burung yang berterbangan bebas. Ada beberapa ekor anak kucing yang sedang bermain sambil diperhatikan Si Ibu kucing. Bergaul mesra anak-anak kucing itu, tidak diketahui yang mana sulung, tengah dan bongsu. Mereka tiada bercakaran sebaliknya bergaul, makan dan minum bersama. TAPI jauh sekali Marlia dan kakaknya, Marlisa.

Peristiwa Marlisa curi-curi membaca Diarynya memang membuatkan hati Marlia membara. Apa taknya, surat cinta palsu Marlia yang ditulis oleh Marlisa telah dirampas oleh guru disiplin. Surat itu juga telah dibacakan di dalam perhimpunan mingguan di hadapan 650 orang pelajar. Marlia malu!!!! Tak tahu nak sorok muka di mana. Yang paling malu takut kalau-kalau berhadapan dengan pelajar lelaki yang dimaksudkan di dalam surat itu. Huh!!! Maluuuu......... Pelajar Junior menyimpan rasa cinta pada pelajar Senior. Dah tu pelajar Senior itu adalah Hot Student di sekolah. Dia tahu kakaknya juga berperasaan yang sama. Sebab Marlisa sekelas dengan pelajar lelaki itu. Tapi apa salahnya hanya menyimpan perasaan. Tak boleh ker? Sekadar di dalam coretan Diary sejak di bangku sekolah rendah. Tersimpan kemas rahsia Marlia sehinggalah Marlisa membuat kecoh!

“Ada-ada saja kakak ni. ... tak henti-henti dengkikan aku” getus Marlia di dalam hati.

Marlisa sejak dari kecil sangat cemburukan adiknya Marlia, Apa sahaja yang dibelikan oleh En. Harith dan Puan Malika pada Marlia, dia pun mahu. Kalau tidak dapat apa yang dia mahu, dirampas sahaja barang-barang adiknya Marlia.

Marlia hatinya lembut, kata-kata dan tingkah lakunya penuh sopan. Menjadi kebanggaan En. Harith dan Puan Malika. Marlia sentiasa mendengar kata dan melakukan apa yang disuruh oleh ibu dan ayahnya.

Harith Hamdan. Seorang ayah yang penyayang. Tidak pernah dia membezakan anak-anak perempuannya. Tapi dia tahu perbezaan yang ada pada kedua-duanya. Cuma dia tidak mahu membezakan kerana dia tahu Marlisa sentiasa mahu menang. Kalau dia tak menang atau dia tak dapat yang lebih dia akan merajuk. Tetapi Marlia sentiasa beralah dengan kakaknya. Itu yang membuatkan En. Harith sayang pada anaknya, Marlia. Tetapi tidak pernah diucapkan di hadapan kedua-duanya agar mereka tahu kasih sayangnya tidak pernah berbelah bahagi. Tiga bulan sekali En. Harith akan pulang ke Malaysia. Dia bekerja di sebuah syarikat minyak di Doha. Kejauhan itu tidak pernah memutuskan kasih sayang dan ingatannya pada isteri dan anak-anaknya di Malaysia.

Sharifah Malika Datuk Dr. Hj. S.M. Malik. Siapa yang tak kenal dengan keluarga ini. Tokoh korporat dan pakar ekonomi dan datuknya Tan Sri S.M Azzudin adalah bekas Peguam Negara. Tetapi Puan Malika penuh dengan sifat rendah diri, lembut, penyayang dan berjiwa pendidik. Dia berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah Antarabangsa di Kuala Lumpur. Tetapi anak-anaknya dihantar ke sekolah kebangsaan sahaja. Tidak mahu dibiasakan dengan cara dan gaya hidup mewah dan elit. Dia tahu mana yang terbaik untuk anak-anaknya. Tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu digalas dengan penuh dedikasi.

Komen tau jangan tak komen! Membantu saya dalam bidang penulisan. Ini baru episod pengenalan... nantikan sambungan seterusnya.


4 comments:

*gorjesmum* said...

good job ja! teruskan lagi aku nak baca hehehe

bila hati berdetik rasa said...

TQ My Dear friend... wait for the Igloo Cinta-2..

mummy-aulia' said...

efiza, good job.intro mcm menarik ni..hehe..org tggu sambungannya k..
tp org perasan satu mistake.kat ayat "Tetapi Marlisa sentiasa beralah dengan kakaknya." patutnya marlia kan?heheh..simple mistake je..

bila hati berdetik rasa said...

Yup Su. Dah betulkan kat ORIGINAL text tapi kat sini blom edit. Anyway TQVM. Jgn lupa follow k...