Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!
Showing posts with label Breast Feeding. Show all posts
Showing posts with label Breast Feeding. Show all posts

Monday, October 31, 2011

BF Quote for today


Berikan susu sehingga bayi kenyang setiap kali penyusuan agar anak mendapat khasiat susu hadapan dan belakang sepenuhnya.




Doa Untuk Ibu Yg Menyusukan


i think this doa boleh diamalkan pabila kita teringatkan baby, waktu pumping session sambil melihat gambar anak, after prayer pun boleh....

(kita berusaha dan berdoa serta tawakal pada allah atas niat yang ikhlas untuk menyusukan anak..)


" Oh ALlah


please give me the strength


to continue breastfeeding my baby with Jiddiyah and Istiqamah.


This is my responsibility and I will be questioned in the


Hereafter....."

BreastFeeding Journey : Daddy, dengarlah rintihan ini...

PESANAN UNTUK KAUM BAPA


Ibu yang menyusu bayi sangat mengharapkan sokongan dan galakan anda. Sokonglah dia jika dia membuat keputusan untuk menyusu. Sebagai bapa, anda adalah orang yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Di saat menimang cahaya mata baru inilah keadaan isteri anda cukup memerlukan anda. Sebagai ketua keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini:

Belajar mengenai penyusuan ibu susu ibu dengan berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
Peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
Galakkan ibu untuk berehat.
Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan diantara aktiviti dan rehat.
Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.

Lindungi ibu dari mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti:
  • adakah anda pasti susu anda mencukupi?
  • Kenapa bayi anda seringkali lapar?
  • Mungkin anda perlu memberinya susu botol/susu berformula

Berikan perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Cubalah mememahami tentang perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran.

Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti:

"Saya rasa lega awak dapat menyusu anak kita."
"Hari ini, biar saya saja yang masak."
"Tak sangka awak ni seorang ibu yang baik."
"Saya bangga bila tengok awak menyusu anak kita."
"Pergi lah berehat. Biar saya saja yang mandikan anak kita."

Bagi menjamin kejayaan menyusu:-
  • Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi anda.
  • Bincang dengan isteri mengenai perkara-perkara yang membolehkan anda membantunya. Cuba kurangkan beban kerja rumah, saling membantu dan saling memahami antara satu sama lain.


BEBERAPA PANDUAN UNTUK BAPA


Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti berikut:-
  1. Alahan
  2. sakit telinga (otitis media)
  3. kerap sakit teruk
  4. dan dimasukkan ke hospital
  5. cirit birit dan sembelit
  6. kerosakan gigi.

Ini bererti anda:
  1. tidak perlu kerap berjumpa doktor
  2. menjimatkan wang perbelanjaan keluarga
  3. mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga
  4. adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda kerana:
  1. Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi (sila rujuk khasiat-susu- ibu)
  2. Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
  3. Susu ibu lebih mudah dihadam.
  4. Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
  5. Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.

Sumber: http://www.susuanibu-pk.gov.my

*Thus it is so important to fully breastfeed your child... hmmm Oh ALlah please give me the strength to continue breastfeeding my baby with Jiddiyah and Istiqamah. This is my responsibility and I will be questioned in the Hereafter.....