Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Wednesday, April 13, 2011

Kenapa Bayi Yg Menyusu Susu Ibunya LEBIH BIJAK / mempunyai IQ yg Tinggi?

(Aku kongsikan artikel dari Home Page Super Kids)

Bercakap soal nutrisi, memang tak dapat dinafikan susu ibu memberikan yang terbaik. Even if syarikat susu formula melabur jutaan dolar untuk mengkaji komponen dan komposisi nutrien dalam susu ibu untuk diadaptasi dalam susu formula mereka, namun takkan dapat nak duduk sama level.

Bercakap soal Intelligence, atau biasa kita kaitkan dengan IQ, bayi menyusu ibu dikatakan memiliki IQ yang lebih tinggi. Benarkan itu? Adakah itu bermakna bayi yang tidak menyusu ibu tidak cerdik atau rendah IQ? Tidaklah begitu… kerana ibu-ibu yang prihatin pastinya mahu memberi yang terbaik untuk bayinya. Meskipun bayi seumur 2-3 bulan diberi air oren, namun itu pasti dari perasaan kasih sayangnya, bukan nak menganiaya anak sendiri.

Bayi menyusu dengan ibunya, cenderung untuk memiliki IQ yang tinggi, bukan semata-mata kerana dia minum susu ibu. Tapi proses penyusuan susu ibu itu sendiri.. kerana itulah dikatakan penyusuan susu ibu bukan semata-mata memberi makanan kepada anak, malah ia lebih dari itu.

Semasa menyusukan anak (secara direct feeding)…

… ibu akan merangkul anaknya rapat ke tubuhnya.. ke dadanya, ke perutnya… mata ibu bertentang dengan mata anaknya..
… ibu memegang anaknya dengan sebelah tangannya dan tangan satu lagi mengusap, mengurut, membelai anaknya…
… usaha bayi untuk ‘latching’ dan memulakan hisapan di payudara ibu adalah bukan kerja yang mudah…
bila menyusu di payudara kanan, anggota kanan anak (terutama tangan) merayap-rayap ke anggota ibu, pegang ibu, tarik ibu, cucuk2 ibu…
… bila menyusu di payudara kiri, yang belah kiri pula merayap2..
… ibu pula memberi reaksi terhadap aksi si anak…

Privilege di atas mungkin tak dapat dirasai bila bayi diberi minum dengan botol susu, kerana sebelah tangan ibu pegang bayi, sebelah pegang botol. Dua2 tangan dah occupied. Dengan botol susu, sesiapa pun boleh menyusukan bayi, bukan tertakluk kepada ibu sahaja.

Proses di atas.. antara kasih sayang dan stimulasi secara tak langsung yang diterima anak yang menyusu ibu, berperanan untuk menyambungkan neuron otaknya. Tidak hairanlah jika dikaitkan penyusuan susu ibu dengan IQ. Penukaran penyusuan antara payudara kiri dan kanan juga memberi impak kepada perkembangan otak anak.

Oleh itu ibu digalakkan membanyakkan komunikasi dengan bayi semasa proses ini.. lebih2 lagi sekiranya ibu tiada peluang untuk menyusukan anak secara direct, bercakaplah. layanlah anak semasa menyusukannya (dengan susu apa pun tak kisahlah). Perbuatan itula yang merangsang IQ anak-anak kita. Lebih-lebih lagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, gembiralah bila anak kuat menyusu dan suka mengempeng, itu adalah tanda bayi anda sedang merangsang IQ-nya!

Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran


Kat sini aku nak kongsikan artikel berkaitan "Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran" di mana aku rasa perlu untuk berkongsi info ini. Banyak sangat aku dengar dari kawan2 aku yg bila dapat baby aku tengok dorang bg susu formula sejak dari baby tu kecil lagi (2-3 hari).... alasan yg selalu aku dengar.. "susu tak ada" / "Baby asyik nangis lapar" / "Baby mcm tak cukup susu jerr..." so apa kata kita buat EVTRA READING sikit... and kita buat analisis sikit supaya ilmu ini berguna untuk kita semua ibu2...

Saya sering berjumpa ibu-ibu baru yang menyatakan bahawa..

“Dah buat macam2, dah makan macam2, dah berurut.. tapi susu masih kurang”

Bila saya bertanya kembali “Berapa kerap kamu menyusukan bayi? Bagaimana kamu tahu susu ibu yang kamu hasilkan tak cukup?”

Jawapannya “Macamana nak susukan kalau susu tak ada? Dari hari pertama tak keluar apa-apa. Hari ketiga baru ada sedikit. Mana cukup”

Ini adalah kesilapan terbesar seorang ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya – tidak menimba ilmu penyusuan susu ibu sebelum mula menyusukan anak.

Apabila tidak mendapat ilmu yang sebenarnya, kita lebih senang membuat anggapan.

  • Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
  • Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
  • Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
  • Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
  • Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.

Saya tidak salahkan ibu-ibu ini.. mungkin mereka tidak mendapat akses untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya tentang penyusuan.


Malah, biasanya bila kita cari maklumat tentang ‘cara membanyakkan susu’, kebanyakan petua yang diberi lebih kepada pemakanan untuk membanyakkan susu, urutan dan sebagainya; dan hampir tak ada (merujuk kepada petua2 tersebut) yang menyebut tentang:

  • Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.
  • Susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.
  • Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.
  • Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini.

Secara tak langsung ia membuahkan salahtanggapan terhadap ibu-ibu baru yang kekurangan akses kepada maklumat yang betul (biasanya website2 pejuang susu ibu dan buku2 tentang penyusuan ibu).

  • Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
  • Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
  • Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bercakap soal rezeki, ya memang benar, setiap orang ada rezeki masing2. Mungkin ada ibu yang rezeki susu anaknya dari ibu yang lain. Mungkin ada juga ibu yang rezeki susu anaknya dari makhluk Allah yang lain… namun sebagaimana kita boleh belajar dan berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan semasa di sekolah, atau di universiti, atau di tempat kerja, pasti ada jalan penyelesaian dalam memberikan bayi kita susu ibu, susu yang terbaik.

Walau bagaimanapun, ini adalah cabaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, dan mengakui diri sebagai penggiat susu ibu, untuk menyampaikan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu terhadap ibu2 ini.

Perkembangan Janin 33 Minggu

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Di atas ni aku kongsikan input perkembangan JANIN pada usia 33 minggu... hehehe Monday aritu 11/4/11 aku gi PPUM scan baby growing well... alhamdulillah CUMAnyer Sonographer tu bagitau yg saiz janin aku tu lecil. Expected weight dia around 1.6kg jek... ngeh2.. rasa mcm mkn bnyk dah... apa pun aku doakan janin tu selamat sehingga dilahirkan.. Tuhan Maha Besar hanya Dia Yg Mengehtahui yg sebenarnya... betul tak?

Esoknyer 12/4/11 pulak aku attend Check-up kat HPj.. Pakar yg biasa check tu pun ckp macam tu... anyway tak yah risau dia kata as long as baby grow well kita dah cukup bersyukur.. so next appointmen dah start by week kat HPj.. so I see u next on 21 April 2011 (Thursday).. time tu insya'allah janin akan berusia 34wks & 3 days..

Thursday, April 7, 2011

Amazing Anuar Zain

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

EDRY ABDUL HALIM

JAWATAN KOSONG (10 JAWATAN)

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

A. Jawatan: PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

GRED F41 (10 KEKOSONGAN)

Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Taraf Jawatan : KONTRAK

Syarat Lantikan:

1.

Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.





2.

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.



3.

Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.



4.

lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B. Calon-calon lantikan hendaklah:

1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

C. Kontrak yang ditawarkan adalah untuk tempoh SATU (1) tahun.

D. CARA MEMOHON

Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang disahkan kepada:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan Malaysia

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam Dan Khidmat Pengurusan

Aras 3, Blok Selatan

Kompleks Kementerian Kewangan

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 W. P. PUTRAJAYA.

(u.p: Encik Aizwan bin Anuar)

Sebelum atau pada : 14 April 2011 (Khamis)

Wednesday, April 6, 2011

Tanggungjawab Suami Untuk Menguruskan Uri


Kebanyakan kita tidak memandang berat tentang kepentingan uri kepada janin ketika dalam kandungan. Pada saat kelahiran bayi, ibu-bapa serta saudara-mara merasa gembira menyambutnya, tetapi seakan melupakan satu perkara iaitu uri yang telah menemani bayi tersebut. Uri tidak mendapat tempat yang sewajarnya dan tidak penting di saat kegembiraan itu, malah ada yang terus melupakannya.

Terdapat segelintir suami yang tidak mahu mengambilnya lalu pihak hospital atau klinik mengumpul uri-uri tersebut untuk diberikan / didermakan kepada syarikat swasta. Uri tersebut diproses bagi memperolehi hormon-hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon inilah yang banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Terdapat juga ibu-bapa yang terus membuangnya ke dalam tong sampah. Ada pula yang membiarkannya busuk atau diberikan kepada anjing.

Tetapi ada juga suami yang perihatin yang mencari bidan untuk menguruskan uri anak mereka yang mana bidan akan di beri sedikit wang sebagai imbuhan. Namun, sekiranya kita faham tentang peranan dan tugas yang dilakukan oleh uri sepanjang tempoh pembesaran bayi dalam kandungan, kita pasti tidak sampai hati untuk mensia-siakannya. Uri merupakan teman karib bayi dalam kandungan. Uri memainkan peranan penting dalam membekalkan makanan dan oksigen serta membuang kumuhan atau sisa-sia daripada tubuh bayi seperti karbon dioksida dan sebagainya.

Berikut adalah cara- cara yang betul bagi menguruskan uri:

1. Membasuh Uri Bawa balik Uri tersebut dan basuh.Tapi tak perlu basuh dengan sabun. Cukup dengan air paip biasa, alirkan pada uri biar semua sekali keluar dengan darah-darah yang melekat kat bahagian luar. Sebaiknya memakai sarung tangan supaya bau darah tu tak melekat pada tangan. Tekan-tekan sikit pada uri tu supaya keluar lebih sedikit darah yang ada. Uri memang penuh dengan salur darah, supaya bila Uri diangkat untuk dialihkan tidaklah meleleh darah yang keluar dari uri.

Fokus utama ialah mengurangkan bau darah Uri tersebut supaya bila ditanam, tidak dihidu oleh binatang buas seperti anjing dan sebagainya. Sebelum membasuh uri, berniatlah terlebih dulu. Niatlah apa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir dan yang sepatutnya. sebab ini jugalah uri ni patut diuruskan oleh bapa anak itu sendiri. Semasa membasuh Uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah. Ini adalah juga untuk memastikan Energy anak tersebut dilindungi oleh Energy positif melalui Zikir kita tadi.

Selepas membasuh Uri dengan air paip tadi, keringkan sedikit dengan lap dengan kain napkin, selepas kering sedikit, letakkan Garam Bukit (Garam Biasa pun boleh), Asam Jawa 7-8 Keping pun sudah cukup. Ada juga sesetengah orang meletakkan Cuka. Ini sebenarnya untuk mengurangkan bau darah pada Uri tersebut. Kemudian Ambil Napkin dan balut Uri tersebut secara berlapis.

2.Menanam Uri Menanam Uri janganlah dilengahkan, kalau boleh dalam tempoh 24 jam mestilah ditanam untuk mengelakkan Uri tersebut menjadi kuat baunya. Tempat untuk ditanam Uri tidak perlu tempat khas, tetapi disarankan tanam di ruang kawasan yang terbuka seperti halaman rumah, ditepi jalan utama dan yang penting jangan tanam di dalam belukar , belakang rumah atau sebagainya kerana kawasan tersebut jarang dipantau dan dikhuatiri binatang buas mengorek tempat tanam Uri. Korek tanah sedalam mungkin, boleh agak dengan cara meletakkan kaki sehingga paras lutut normal.

Semasa menanam niatlah supaya Uri tersebut selamat ditanam dan tidak diganggu oleh perkara yang tidak sepatutnya seperti anjing dan sebagainya. Baca Al-Fatihah , 3 Qul dan Berzikir dengan menyebut Nama Allah yang diingati seperti Ya Rahman, Ya Rahim dan sebagainya.

Niat lain seperti, Wahai Uri Anakku, Jagalah Anakku dari sebarang gangguan luar yang tidak baik seperti yang telah kau lakukan ketika dalam perut Isteriku, bantulah Anakku ketika Anakku memerlukan tenaga mu. Perlu diingat, kita tidak meminta Uri tersebut menolong, tetapi meminta pada Allah Yang Satu. Uri adalah sebagai medium zahir yang nampak di mata kasar kita, dan kita meminta Energy dari Uri tersebut membantu anak kita.

Huhuhuhu Gugurnya Bonet Gen-2

Sangat SEDIH................

Pagi ni lepas dpt kebenaran dr Boss.. aku gi Presint 9 kat Flat Fasa 2 tu gi bayar School Fees Aqeelah... selesai aje nak balik ke ofis tu... huhuhu nak keluar dari parking... tengah reverse....

DUM!!!!!!

Aku dah nangish dah time tuh!!! Terkejut seberuk2nyer... nengok kat cermin belakang huhuhuhu spoiler dah terjungkit!!! Argh... tak keluar kete terus capai HP & call En. Hubby (yg kat Kuching)...

Sambil teresak2 menangish..... "Yang... saya accident!!! bonet belakang dahterlanggar tembok....!!!"

Puas la En. Hubby menenagkan aku...!!! Dia kata adat la tu.... sebab macam dah boleh agak coz sensor belakang kete Gen 2 tu tak ada... uwaaaaaaaaaaaaaaa...!!!

Yang penting aku tak ada apa2, tak langgar org, tak langgar kete lain dan Baby dalam perut tak apa2.... uwaaaaaaaaaa aku masih TERKEJUT!!!

Puas aku mengumpul kekuatan kembali untuk drive balik umah hantar kereta.... aku call Boss bagitahu aku accident & nak blk anta kete..!! Bos aku bg permission..

Balik umah aku drive ok jer.... penuh berhati2... mesti ramai org kata especially lelaki out there.. "tengok tu pempuan drive... habis belakang kete..!!"

Sampai umah puas aku cari CAMERA and time2 nih la entah mana KAMERA tu dudok plak.... (nak claim insurans)... aku keluar umah tengok cousin aku dah sampai... (mesti En. Hubby minta tolong tengokkan!)

So, dia kata tak lah teruk TAPI mungkin juga teruk sebab nak tarik body bonet... uwaaaa.... (berapa pulak kosnyer itu..!!)

Sehingga kini aku masih TERKEJUT...!!

Monday, April 4, 2011

Cabaran Hebat Ibu Yg Menyusukan...

Kat sini aku ambil kesempatan kongsikan artikel HEBAT ini yang dipetik daripada Harian Metro... (itupun aku copy dari Blog SuperMom yg lain.... anyway it is SOMETHING that we can share among Ibu2 Yg Menyusukan Anak2.... Keep Up The Good Work Mommies...!!!
Cabaran hebat susukan anak
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BEGINI...Nor Kamariah menunjukkan kaedah menyusu dengan betul, antara salah satu latihan yang dijalankan Susuibu.com.
BEGINI...Nor Kamariah menunjukkan kaedah menyusu dengan betul, antara salah satu latihan yang dijalankan Susuibu.com.

PELAYAR laman sesawang Susuibu.com pasti tidak asing dengan laman sosial ini yang banyak memberi maklumat terkini serta pengetahuan berguna mengenai penyusuan susu ibu.

Di samping rencana menarik, laman ini juga menjadi medan interaktif wanita terutama dalam menyuarakan pandangan, bertukar pendapat serta menjadi pemangkin semangat bagi ibu muda yang ingin menyusukan anak mereka sepenuhnya.


Di sebalik kejayaan Susuibu.com, banyak cabaran terpaksa dilalui pemiliknya, Nor Kamariah Mohamad Alwi yang juga kaunselor laktasi.


Bermula sekadar suka-suka untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat mengenai penyusuan susu ibu, kini ahli berdaftar Susuibu.com sudah melebihi 13,000 orang sepanjang enam tahun penubuhannya.


Menurut Nor Kamariah, pengalaman dilaluinya selepas melahirkan anak pertama adalah cabaran kepada wanita ini untuk menyusukan anak secara eksklusif. Ini kerana selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2000, pendedahan mengenai kepentingan penyusuan susu ibu sangat kurang terutama sokongan daripada keluarga.

Ketika itu dia menyambung pengajian sarjana di Universiti Tunku Abdul Rahman (Unitar). Walaupun terpaksa berdepan cabaran besar kerana terpaksa menyusukan anak sepenuhnya di kala masih belajar, dia kuatkan tekad untuk menghadapinya hanya berbekalkan pengetahuan di Internet serta pembacaan buku dan majalah.

“Berbekalkan pengetahuan menerusi Internet, saya cuba sedaya upaya mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Mujur pensyarah sangat memahami serta membenarkan saya membawa anak ketika peperiksaan dan menyediakan sebuah bilik berasingan untuk saya. Ketika itu saya sangat berterima kasih kepada pensyarah kerana memberi sokongan penuh kepada saya untuk menyusukan anak,” katanya.

Menurutnya, semangat untuk menyusukan anak semakin bertambah ketika pulang ke kampung di Ipoh, Perak apabila melihat saudaranya yang bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif. Dia mengajar bagaimana memerah susu menggunakan tangan dan pam, juga teknik penyimpanan susu dengan betul ketika bekerja.

“Kebetulan pada masa itu kakak baru saja melahirkan anak dan kami saling memberikan sokongan antara satu sama lain,” katanya.

Ketika bersalin anak kedua pada 2003, Nor Kamariah sudah mempunyai pengalaman me-ngenai penyusuan susu ibu dan masalah penyusuan, namun dia berasa keseorangan kerana ketika itu tidak ramai ibu yang menyusukan anak secara eksklusif.

Dia cuba bertanya kepada rakan namun jawapan diperoleh sangat mengecewakan kerana mereka sudah memberi susu formula kepada anak mereka.

Bertujuan untuk berkongsi pendapat mengenai susu ibu, akhirnya Nor Kamariah membuka laman sosial Susuibu.com pada 2004. Niatnya hanya sekadar untuk berhubung dengan wanita serta berkongsi pendapat mengenai kaedah penyusuan yang betul.

“Ketika itu pengunjung berdaftar hanya 200 saja, tetapi lama-kelamaan semakin bertambah dua kali ganda sehingga mencecah ribuan pengunjung. Masing-masing menyatakan keterujaan mereka terhadap laman sosial ini kerana membolehkan wanita mendapat maklumat yang jelas mengenai penyusuan,” jelasnya.

Tambahnya, dari setahun ke setahun, pemberitahuan menerusi mulut ke mulut menyebabkan Susuibu.com semakin mendapat perhatian.

“Ada yang mendapat tahu melalui rakan, pihak hospital dan kebanyakannya menerusi enjin pencarian Google. Hanya mereka yang benar-benar ingin mendapat maklumat mengenai susu ibu saja akan memperolehnya menerusi laman sosial ini,” katanya yang memiliki Ijazah Kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ketika itu, laman susu ibu bukan saja menjadi pakar rujuk malah banyak persoalan diutarakan mereka yang mempunyai latar belakang berbeza. Disebabkan tidak mempunyai sebarang pendidikan mengenai penyusuan susu ibu, ini mendorong Nor Kamariah menjalankannya secara profesional dengan mengambil peperiksaan Pensijilan Antarabangsa Kaunselor Laktasi.

“Oleh kerana Susuibu.com mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional yang arif dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor, ini mendorong saya mengambil peperiksaan seterusnya membuka butik Susuibu.com di Bandar Baru Bangi.

“Ini bagi memberi tumpuan kepada laktasi serta menyediakan keperluan penyusuan kepada wanita secara lebih sistematik dan teratur. Justeru, wanita selain mendapatkan khidmat nasihat menerusi laman Susuibu.com, mereka boleh terus ke butik untuk mendapatkan pemahaman secara praktikal dan rundingan secara empat mata,” katanya.

Pada 2009, Susuibu.com bergabung dengan Mom’s Little Ones untuk memperkenalkan mengenai konsep semula jadi sama ada melalui kaedah penyusuan, pemakanan, penggunaan produk dan pemakanan.

“Selain fokus utama penyusuan susu ibu, kami cuba mengalihkan tumpuan masyarakat kepada perkara yang sering dilupakan seperti menyediakan makanan bayi sendiri, penggunaan lampin kain dan menggunakan kain kendong yang kebaikannya tidak dapat diragukan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menjadi kaunselor, cabaran utama adalah bagi ibu bekerja iaitu bagaimana meneruskan penyusuan dengan keadaan masa yang sangat terbatas. Namun dengan adanya laman Susuibu.com, ibu dan bakal ibu lebih terbuka dan terdedah mengenai kepentingan susu ibu seterusnya membuat persiapan lengkap sejak sebelum bersalin lagi.

Mom’s Little Ones bergabung tenaga dengan Susuibu.com bagi menyediakan medium terbaik kepada golongan ibu bukan saja mengenai penyusuan susu ibu tetapi memperkenalkan produk semula jadi yang baik untuk kesihatan mental dan fizikal anak-anak.

Memasuki tujuh tahun penubuhan Susuibu.com, menurut Kamariah, dia masih belum puas kerana masih ramai ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran mengenai ilmu keibubapaan yang bukan setakat melahirkan anak tetapi meliputi banyak perkara.

“Ada ibu yang mampu menyusukan anak mereka dan ada yang tidak boleh dan inilah cabaran yang harus saya hadapi. Selain ilmu, latihan dan kemahiran, sokongan keluarga terutama suami dan ibu bapa juga sangat penting,” katanya.

Justeru, bagi memberi pendidikan secara lebih menyeluruh sejak 2008, menerusi Susuibu.com lebih ramai kaunselor laktasi yang mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada IBCLC dilahirkan. Mereka perlu menduduki peperiksaan setiap lima tahun bagi memberi semangat kepada perunding laktasi supaya tidak berhenti belajar dan mendapat-kan maklumat terkini mengenai penyusuan.

Kaunselor laktasi terlatih akan memberikan rundingan secara empat mata, dengan pergi dari rumah ke rumah dan memberi penerangan di hospital sebaik saja melahirkan anak mengenai kaedah penyusuan yang betul.

“Bukan itu saja, setiap bulan kaunselor laktasi akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa bagi mendengar masalah, luahan hati, pandangan serta pengalaman yang boleh dikongsi dengan semua ibu.

“Dengan cara ini, sama ada kaunselor atau ibu bapa boleh mendapatkan pandangan daripada perspektif berbeza dan memahami antara satu sama lain,” katanya.

Bukan mahu mendabik dada namun rasa kesyukuran dilafazkan kerana kini, kesedaran wanita mengenai penyusuan susu ibu sudah semakin bertambah dengan melihat pertambahan ahli dalam Susuibu.com dan kumpulan sokongan.

Harapan Nor Kamariah hanya satu iaitu ingin melihat masyarakat berubah ke arah yang lebih baik serta kehidupan yang ditentukan mereka sendiri. Malah besar impiannya ingin melihat suatu hari nanti, semua ibu di Malaysia menyusukan anak mereka secara eksklusif.

“Hari ini, ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab atas apa saja keputusan yang dibuat mereka dan tidak menyesal di kemudian hari. Mereka juga harus mendapatkan maklumat yang tepat bukan dipengaruhi sesiapa.

“Ini supaya suatu hari nanti ibu bapa tidak menyalahkan masyarakat atas apa saja yang berlaku kepada mereka, keluarga dan anak-anak. Paling penting mendapatkan ilmu keibubapaan mencukupi sebelum bergelar ibu dan bapa,” katanya.

ABP 2010


CONGRATULATION TO BERITA HARIAN / TV3.....!!! Hahahaha tahun ni dapat pulak tengok LIVE kat TV dari kul 9 mlm hingga kul 12.15 midnite.... puas pujuk anak2 supaya benarkan Mummy tengok! Anak2 pun malam tadi tido kul 10 mlm....

Yang paling BEST tengok ANUAR ZAIN perform...... huhuhuhu BEST giler....!!! "Sedetik Lebih...................."

Tahun ni tahun Sam.... TAPI dia memang ok la kalau dinobatkan sebab tahun lepas memang banyak Filem & Drama lakonan dia yang memang banyak memberi kesan dari watak jahat sehinggalah watak anak yang baik .... Usaha Yang Berbaloi!!!

Bak kata FaFau... "jangan cari populariti BIAR populariti yang datang mencari kita...." Tahniah juga untuk FBI dan Fafau yang menang Penyampai Radio Popular....


Wow!!!! Irma Hasmie & Rita Rudaini memang fabulous...!!! Irma tampil dengan imej baru dan dia nampak lebih confident! I like her image..... & Rita yang penuh kontroversi mengenai rumahtangganya TAPI tampil juga dengan imej baru "BERISI".... pun nampak anggun walaupu berbadan dua..... TAHNIAH...!!!




Walau apapun TAHNIAH untuk semua yang telah bekerja keras... tak lupa PENGACARA yang BERJAYA dari awal hingga acara PENUTUP yang berjaya menarik semua penonton untuk terus melekat dihadapan TV dan kerusi dewan....!!! Zizan, K.E & Sh. Shahira....... (Johan & WilCha)..... berjaya membuat aku tergelak sorang2 depan TV...!!! Serius this time punyer penganjuran mmg BEST compare to last year.... rasa mcm tak terlalu KONTROVERSI.... perli memerli disampaikan secara berlawak dan berbahasa.... takdelah terasa BERBEKAS SAKIT sangat.... really enjoy!

Friday, April 1, 2011

Bila Adik Tidak Sepetah Kakak

Bila anak lambat bercakap


portall“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun maih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”

“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”


Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancar berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakao berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.

Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.

Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.

Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.

Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.

Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.

Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.

Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.

Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.