Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Monday, November 1, 2010

Masa Untuk Berkarya, Igloo Cinta - 3

BAB 3

“Pergi dulu, Ibu... nanti petang Lisa balik lambat. Lisa ada kelas tambahan dengan Cikgu Nomi. Ibu tak payah tunggu, Lisa balik sendiri.” Beritahu Marlisa pada ibunya.

“Ok. Tapi jangan pulang lewat sangat.”

“Baik, bu” mencium tangan ibunya dan berlalu.

“Lisa.... , jangan buat sesuatu yang Ibu tak suka.”

Lisa hanya mengangguk dari jauh.

Berat rasanya kaki hendak turun dari kereta. Marlia rasa malas hendak ke sekolah apabila mengenang kembali saat-saat dimalukan di hadapan seluruh murid sekolah dan guru. Malasnya rasa.......Maluuuu.......!!

“Lia, kuatkan semangat. Kalau Lia mengalah pada situasi bermakna Lia memang salah dan memang menyimpan perasaan pada dia. Ingat, pelajaran itu penting. SPM tidak lama sahaja lagi. Come on....just a small things. Hurry up. If not I’ll be late for schoolI” pesan Puan Malika pada anaknya, Marlia.

“Ibuu.......” Marlia mencium Puan Malika dan memeluknya, cuba mencari kekuatan untuk berhadapan dengan kawan-kawan di sekolah nanti.

Pelukan dilepaskan. “Ibu, lepas kelas Lia pergi Library dengan Bieha then Lia balik dengan dia. Ibu tak perlu ambil” Puan Malika mengangguk faham.

_________________________

Mitsubishi Grandis berwarna Putih milik Puan Malika menyusur laju membelah jalan dan hilang di pandangan. Yang kelihatan kini semakin ramai pelajar mula membanjiri kawasan sekolah. Marlia mengatur langkah ke blok C. Dia hanya menunduk, takut kalau-kalau ada orang yang perasan akannya. “Bismillahhirrahmanirrahim......” berkali-kali dibacanya di dalam hati.

“Lambat pulak nak sampai ke kelas” getusnya di dalam hati.

Blok C mula kelihatan. Lega rasanya. Bibirnya kini mampu mengukir senyum. Puas rasanya. Tak terserempak dengan Marlisa, Nad, Erin, Shela, Kak Ziela mahupun Si Abg Senior....hatinya berlagu riang. Anak-anak tangga ke tingkat dua didaki. Akhirnya..... kelihatan bilik 5 Khadijah. Kakinya membelok masuk ke kelas. Dicari tempat duduknya. Beg diletakkan. Air liur ditelan. Duduk melepaskan lelah sebentar sebelum kelas bermula.

______________________________

“Lia, tadi aku terserempak dengan Abg Senior yang dalam surat cinta kau tu...”

“Kau jangan percaya la, Bieha. Kakak aku saja kenakan aku....”

“Kau betul minat kat dia kan?”

“Tak adalah.... “

“Alah, dengan aku pun nak malu. Aku kenal kau la Lia...”

Marlia tersenyum. Malu dengan Nabieha. Malu dengan diri sendiri.

“Salah ker kalau aku simpan perasaan kat dia, Bieha? Aku percaya bukan aku sorang kat sekolah ni yang ada perasaan kat dia. Kau pun suka kat dia kan....kan...kan....” Mereka berdua ketawa bersama-sama. Mengatur langkah ke perpustakaan. Rutin mereka berdua sebelum pulang ke sekolah.

Bedepap!!! Dup..Dap..Dup...Dap.... laju jantung Marlia berdenyut. “Macam mana pulak boleh terjumpa kat sini pulak?” Marlia membisik perlahan pada Nabieha. “Jalan je terus, Lia. Kalau kita pusing, segala isi surat tu BETUL..TAPI kalau jalan terus menandakan semua itu TIDAK BETUL...”

“Tapi semuanya betul.... aku memang suka kat dia. Sejak sekolah rendah lagi. Sejak dia tak sengaja terlanggar aku. Sejak dia terpegang tangan aku. Sejak dia tertukar buku dengan aku di perpustakaan. Sejak dia terpijak kain aku.” Marlia berbicara di dalam hati dan bermain dengan perasaannya.

Langkah kakinya semakin laju. Tersusun kemas. Mengarah ke perpustakaan. Wajah lelaki tampan itu semakin jelas. Pelajar Senior yang menjadi gilaan ramai pelajar perempuan. Semakin dekat dia dengan wajah itu; semakin berdebar. Jalannya seperti di atas awangan. Sunyi dan senyap seketika di sekelilingnya. Lelaki itu menghadiahkannya sebuah senyuman.

Tindakan luar kawal.

Dia membalas senyuman itu.

Dan berlalu...........

“Bieha....”

“Huh...”

“Dia senyum kat aku...”

“Iya, aku nampak. Yang kau dah macam orang mabuk aku tengok. Melelong jalan. Apasal?”

“Yelah. Dia senyum kat aku.”

“Iyalah. Berapa kali nak bagitahu? Kawanku Marlia, aku nampak mamat tu senyum kat kau. So, what?”

“Dulu form three last dia senyum kat aku. Aku ingat lagi. Dah dua tahun Bieha. Dah dua tahun sekarang baru dia nampak aku.”

“So, terima kasih banyak kat kakak kau! Kalau tak kerana surat tu.... mesti sampai berkulat pun dia tak pandang kau!”

“Ye ker?”

“Dah..dah... sekarang concentrate! Aku tak nak dengar dah fasal mamat tu TAPI lepas keluar je dari Library kau boleh sambung cerita Fairytale kau tu. Karang tak dengar, merajuk! Muncung sampai ke rumah... Aku tahu aku ni kan BIRO PENGADUAN AWAM...”

Thank you..................... ni yang aku sayang banyak kat kau ni.....”

____________________________

Sunday, October 31, 2010

Ibu Mithali 2010





Ibu Mithali – Rabbani

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Last Saturday (30 Okt) aku luangkan masa menonton Bersama Zamzarina-AKW di TV1.... dengan tajuk Ibu Mithali "Puan Hjh. Awiyah Awi" dari Felda Kesang. Mempunyai 9 orang anak kesemua lelaki.... (Allah pinjamkan dia seorang anak perempuan yang sempat bersamanya 8 bulan...)

Terharu dan tersentuh aku dengan kisah bagaimana dia membesarkan kesembilan orang anak. Kesemuanya berjaya. Sejak dari kecil solat memang dipentingkan dan wajib Maghrib dan Isya' berjemaah. Dia begitu tegas bab Solat tapi menyeimbangkan duniawi dan ukhrawi.

Sebagai hadiah di akhir episod, AKW menghadiahkan sebiji kek untuk Puan Hjh. Awiyah Awi dan keluarga. Tapi apa yang istimewa adalah surprise dari 8 orang anak Hjh Awiyah (seorang berada di luar negara) ialah apabila mereka dengan sporting menyanyikan lagu Ibu Mithali untuk ibu mereka. Walaupun mereka tahu lagu itu tidak dapat menggambarkan sepenuhnya kasih sayang mereka ke atas setiap jasa yang dicurahkan oleh ibu mereka dalam membesarkan mereka.

Bak kata anak ke-4 Hjh. Awiyah, "kami ingin menghadiahkan SYURGA buat ibu"... Hjh Awiyah tersenyum dan mengaminkan kata-kata dan harapan anaknya... TERHARU sebagai seorang ibu.

Friday, October 29, 2010

Masa Untuk Berkarya, Igloo Cinta Bab 2

BAB 2

“Ibu, Lia minta maaf fasal petang tadi. Lia tak dapat nak kawal emosi Lia.”

Marlia memegang peha ibunya yang ditutup kemas dengan telekung putih yang halus jahitannya. Dia tahu ibu sangat sayangkan telekung itu. Telekung yang dihadiahkan oleh ayah ketika menyambut Ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20. Jauh datangnya.... dari Doha.

Puan Malika meletakkan sekeping penanda buku yang tertulis perkataan Iqra’ – BACALAH sebelum menutup al-Quran. Diletakkan kemas al-Quran itu di atas reha. Dia berpaling ke arah anaknya, Marlia.

Lembut wajah wanita ini. Dengan sebuah senyuman yang manis, dipegang tangan anaknya. Marlia menanti kata-kata dari ibunya.

“Lia, iblis dan syaitan itu tidak pernah berhenti menghasut anak cucu cicit Adam agar mengikut jalan hidup mereka. Ingat! Ibu tampar Lia bukan kerana ibu terlalu marahkan LIa. Tapi ibu nak Lia sentiasa ingat untuk menghormati orang yang lebih tua dari Lia. Bukan itu caranya untuk bercakap dengan kakak.....”

“Tapi Kak Marlisa yang mulakan dulu, bu. Ibu tak tahu apa-apa______”

“Ibu tahu, Lia. Ibu tahu apa yang terjadi di sekolah kamu.”

“Macam mana Ibu tahu? Cikgu Adnan call Ibu ke? Mengadu fasal Lia...?”

Puan Malika mengangguk dan Lia dengan penuh rasa malu pada ibunya menangkupkan mukanya di peha Puan Malika. Tersedu-sedu dia menangis. Menangis kerana malu yang amat sangat pada ibunya.

“Itu normal bagi remaja seperti Lia yang sedang meningkat umur. Ia suatu perjalanan Lia. Seronok apa perasaan seperti itu. Ibu pun pernah laluinya. Seperti kamu dan Kak Lisa.”

Puan Malika mengusap-ngusap lembut rambut anaknya. Jari-jemarinya yang halus menyentuh lembut muka Marlia. Menghilangkan titis-titis air mata Marlia. Ditenung lembut penuh bermakna. Cuba menenangkan gelora perasaan anaknya. Dia cuba berkongsi perasaan itu bersama-sama.

“Tapi kenapa Ibu tak marah atau tak tanya Lia sewaktu pulang dari sekolah tadi? Kenapa Ibu buat seperti Ibu tak tahu apa-apa, bu?”

“Lia tak buat salah....”

“Kalau Lia tak salah, Kak Lisa yang salah? Tapi ibu tak marah Kak Lisa pun? Dia dah sakitkan dan malukan Lia depan murid-murid sekolah Ibu tahu tak?”

Puan Malika mengangguk.

“Ini semua adalah sebuah cerita dalam hidup Lia. Sampai bila-bila Lia akan ingat. Hidup yang tenang tiada pasang surut pun tak best. Rasulullah hidupnya diuji dengan bermacam-macam perkara sejak di dalam kandungan ibunya hinggalah akhir hayat Baginda. Rasulullah S.A.W itu memiliki Mukjizat dan maksum sifatnya. Tapi Baginda pun diuji. Inikan kita manusia biasa. Ingat, jangan pernah berdendam dengan kakak atau sesiapa sahaja. Biar apa yang orang buat dengan kita, terima dengan hati terbuka. Kalau rasa sedih, susah hati dan tidak tenang. Ambil wuduk dan mengadu dengan Allah.”

“Terima kasih Ibu. Kalau ibu tak ada, tak tahu nak mengadu dengan siapa lagi.”

Sssshhhhhh.....!! Puan Malika meletakkan jari-jemarinya di bibir Marlia yang merah itu. “Allah kan ada.........”

Kedua-dua beranak itu tersenyum dan berpelukan. Setelah mencium tangan ibunya, Marlia meminta izin untuk ke biliknya menyiapkan kerja-kerja sekolah. Tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan SPM dan kakaknya Marlisa bakal menduduki STPM. Dia nekad untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke Ireland untuk jurusan kedoktoran.


Malu aku dengan ibu setelah apa yang terjadi di sekolah. Huhuhu tak tahu macam mana nak berhadapan dengan kawan-kawan kat sekolah esok. Takutnya dengan Kak Ziela; awek #%@!**. Shela, Erin, Nad mesti gelakkan aku sebab kantoi surat cinta.....!! Malasnya nak menghadap diorang esok nih! Tak sekolah boleh tak? Ha, pindah sekolah lah....... settle semua! The end for today ...Good Nite My Diary... Lia ≥muzzil....

To Be Continue...................

Dear all reader, don't forget to be my follower for "Igloo Cinta" and please leave your comments of every episode. TQVM.




Masa untuk berkarya

~ IGLOO CINTA ~
Episod Pengenalan

“Engkaulah yang kurang ajar!” tempik Marlia pada kakaknya.

Papp!!

“Aduh!” Marlia memegang pipinya, tamparan yang hinggap di pipinya benar-benar berbisa. Terasa bahangnya. Berkaca mata Marlia. “Apa salah Lia?” getus hati kecil Marlia. Tidak berani dia memandang ibunya yang berdiri di hadapannya.

“Mulut tu kalau nak bercakap, jaga sikit. Kalau Lia kata kakak kurang ajar, maknanya Lia menghina ibu, Apa yang ibu kurang didik dan kurang ajarkan pada kakak? Rasanya ibu dah ajar anak-anak ibu cukup dah. Tapi ibu tak ajar kamu semua untuk kurang ajar sesama ahli keluarga. Ingat tu, Lia. Ibu tak nak perkara ni berulang. Faham?”

“Faham, bu.” Jawab Marlia perlahan sambil menahan sakit yang masih bersisa.

Ibu terus melangkah ke dapur. Marlisa dengan rasa puas yang amat sangat melihat Marlia ditampar Ibu terus melarikan diri ke ruang tamu; menonton TV.

Marlia ke jendela bilik, merenung burung-burung yang berterbangan bebas. Ada beberapa ekor anak kucing yang sedang bermain sambil diperhatikan Si Ibu kucing. Bergaul mesra anak-anak kucing itu, tidak diketahui yang mana sulung, tengah dan bongsu. Mereka tiada bercakaran sebaliknya bergaul, makan dan minum bersama. TAPI jauh sekali Marlia dan kakaknya, Marlisa.

Peristiwa Marlisa curi-curi membaca Diarynya memang membuatkan hati Marlia membara. Apa taknya, surat cinta palsu Marlia yang ditulis oleh Marlisa telah dirampas oleh guru disiplin. Surat itu juga telah dibacakan di dalam perhimpunan mingguan di hadapan 650 orang pelajar. Marlia malu!!!! Tak tahu nak sorok muka di mana. Yang paling malu takut kalau-kalau berhadapan dengan pelajar lelaki yang dimaksudkan di dalam surat itu. Huh!!! Maluuuu......... Pelajar Junior menyimpan rasa cinta pada pelajar Senior. Dah tu pelajar Senior itu adalah Hot Student di sekolah. Dia tahu kakaknya juga berperasaan yang sama. Sebab Marlisa sekelas dengan pelajar lelaki itu. Tapi apa salahnya hanya menyimpan perasaan. Tak boleh ker? Sekadar di dalam coretan Diary sejak di bangku sekolah rendah. Tersimpan kemas rahsia Marlia sehinggalah Marlisa membuat kecoh!

“Ada-ada saja kakak ni. ... tak henti-henti dengkikan aku” getus Marlia di dalam hati.

Marlisa sejak dari kecil sangat cemburukan adiknya Marlia, Apa sahaja yang dibelikan oleh En. Harith dan Puan Malika pada Marlia, dia pun mahu. Kalau tidak dapat apa yang dia mahu, dirampas sahaja barang-barang adiknya Marlia.

Marlia hatinya lembut, kata-kata dan tingkah lakunya penuh sopan. Menjadi kebanggaan En. Harith dan Puan Malika. Marlia sentiasa mendengar kata dan melakukan apa yang disuruh oleh ibu dan ayahnya.

Harith Hamdan. Seorang ayah yang penyayang. Tidak pernah dia membezakan anak-anak perempuannya. Tapi dia tahu perbezaan yang ada pada kedua-duanya. Cuma dia tidak mahu membezakan kerana dia tahu Marlisa sentiasa mahu menang. Kalau dia tak menang atau dia tak dapat yang lebih dia akan merajuk. Tetapi Marlia sentiasa beralah dengan kakaknya. Itu yang membuatkan En. Harith sayang pada anaknya, Marlia. Tetapi tidak pernah diucapkan di hadapan kedua-duanya agar mereka tahu kasih sayangnya tidak pernah berbelah bahagi. Tiga bulan sekali En. Harith akan pulang ke Malaysia. Dia bekerja di sebuah syarikat minyak di Doha. Kejauhan itu tidak pernah memutuskan kasih sayang dan ingatannya pada isteri dan anak-anaknya di Malaysia.

Sharifah Malika Datuk Dr. Hj. S.M. Malik. Siapa yang tak kenal dengan keluarga ini. Tokoh korporat dan pakar ekonomi dan datuknya Tan Sri S.M Azzudin adalah bekas Peguam Negara. Tetapi Puan Malika penuh dengan sifat rendah diri, lembut, penyayang dan berjiwa pendidik. Dia berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah Antarabangsa di Kuala Lumpur. Tetapi anak-anaknya dihantar ke sekolah kebangsaan sahaja. Tidak mahu dibiasakan dengan cara dan gaya hidup mewah dan elit. Dia tahu mana yang terbaik untuk anak-anaknya. Tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu digalas dengan penuh dedikasi.

Komen tau jangan tak komen! Membantu saya dalam bidang penulisan. Ini baru episod pengenalan... nantikan sambungan seterusnya.