Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Thursday, October 6, 2011

Extended Breastfeeding

Extended Breastfeeding

Kat sini aku nak ambil peluang kongsi catatan dari blog member aku yg juga breastfeeding Mummy dan juga x-roommie aku dulu kat opis yg juga salah seorang mentor dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif ni..

almaklumlah susu 6 bulan pertama memang tersangat penting dan dalam memastikan penyusuan 2 tahun untuk berjaya, perlu dipastikan penyusuan eksklusif 6 bulan itu berjaya dahulu & untuk memastikan badan ibu, demand & supply susu ibu mencukupi kepada anak.. 3 bulan pertama adalah sangat penting untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar menuju tangga KEJAYAAN..

Jom baca artikel di bawah iaitu pendapat seorang ibu Suhaili Zahidi di blog cinta-mummy.


Pernah dengar tentang extended breastfeeding? Kalau untuk masyarakat Malaysia (lebih tepatnya Melayu/ Islam kot) extended breastfeeding ni bila kita menyusu anak sehingga lebih daripada 2 tahun.


Aulia' sayang tu dah setahun lapan bulan..tapi su rasa masih belum bersedia nak bercerai susu (wean off) dengan dia. Hehe..mak nya yang tak bersedia, anak agaknya ok je.. Minggu lepas Aulia' buat perangai, dia tak nak menyusu, menangis tengah2 malam.. Geram la jugak masa tu.. Bagi susu dia tak nak.. huhuuu.. Masa tu lah su sedar yang su belum bersedia nak bercerai susu dengan aulia'. Su masih nak dia terus ajak su masuk bilik sebaik saja nampak muka su depan pintu waktu balik ofis.. Su masih nak usik2, geletek dia, ajar dia itu ini sambil su menyusukan dia.. Su masih nak rasa semua tu.. (am I being selfish here?? hmm.. )


Ok lah, su nak kongsikan satu komen di post ini. Komen tu daripada Asiah Abdul Jalil, yang diambil daripada kak Fid.. Kata kak Fid


"tanggung jawab seorang ibu ialah menjaga perkembangan anaknya, bukan setakat fizikal, malah emosi. So kalau nak paksa budak tu wean off padahal dia belum bersedia hingga dia rasa macam ibu dia dah tak mau kat dia lagi dan sibuk nak cari baby ganti hingga menjejaskan perasaan si anak, maka tak perlulah nak paksa-paksa buat macam-macam trick bodohkan anak supaya dia benci menyusu. Macam kata Along, pi letak kopi la, jadam la, nak perbodohkan anak. Kalau dia tak mau wean off, beri dia peluang lagi, bukannya si ibu akan menderita kesengsaraan pun."

Hoho.. I like... Ok, ini pula beberapa pendapat mengenai penyusuan susu ibu melebihi 2 tahun.

  • kapten hafiz Firdaus, majalah Pa&Ma Mei 2011: tempoh dua tahun yang disebut dalam al-Quran (al-Baqarah, ayat 233) ialat tempoh OPTIMUMUM. Ia bukan tempoh minimum mahupun maksimum.
  • Utusan Online, 26 Mac 2010 : Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya. Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia. Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
Secara peribadi, su bercadang nak berhenti menyusukan Aulia' selepas dia berusia 2 tahun. Tapi proses tu biarlah berlaku secara semulajadi.. Su harap Su tak sampai ke tahap perlu buat macam2 taktik just untuk wean off Aulia'. Biarlah dia berhenti dengan kehendak dia sendiri. Harap-harap macam tu lah..

Jangan risau kawan-kawan yg dah baca artikel ni... jgn paksa anak untuk wean off pd pendapat aku sbb kita tak rugi apa2... anak2 untung.. dr segi ekonomi dan kesihatan ibu pun akan memberi kesan yg positif. Bonding di antara anak & ibu akan bertambah-tambah erat! Bukannya apa sebab my dotter Nur 'Ain Afeeqah yg kini berumur 2 tahun 10 bulan masih breast feed tapi ikut suka dia jer time bila.. selalunya waktu dia tak sihat dan waktu nak tido.. ok what?


Apapun tepuk dada tanya selera tuan yg empunya tank... hehehehe


Motivasi Diri Siri 2



8 TiPs unTUk Berjaya & BahagiA

Ada org kata jika kita bahagia kita boleh buat atau lakukan apa sahaja tanpa batas yg dapat menghalang. Kerana waktu itu jiwa kita kosong ZERO, bukan kosong tak berpanduan tapi kotak Fikiran kita waktu itu bebas tiada unsur-unsur atau faktor-faktor Paksaan. Sebab itu org ramai kata untuk berjaya kita perlu hidup bahagia... vice versa!


Kat sini nak lah kongsi beberapa tips yang diambil dari blog motivasi kerja "BEKERJA DENGAN PENUH MOTIVASI...!" antara 8 tips / point yg penting:

  1. Mula Kembali
  2. Komitmen 100%
  3. Cari Penyelesaian BUKAN alasan
  4. Bina Hubungan Dengan Org Lain
  5. Jaga diri ANDA
  6. Keluarlah dari KEGELAPAN
  7. Jadilah Tangan Yg Di Atas
  8. Cari Di Mana Keseronokan BEKERJA
Mula Kembali ni bolehlah dikatakan macam once korang gagal, jangan mudah bersedih dan putus asa TAPI SEBALIKnya korang bangun dan cari apa punca dan penyebab korang gagal. Tangani dengan sebaiknya... macam org putih kata "when things are not going right or you get knocked down, bounce back right again".

Komitmen 100% ni korang pernah dengar ker... buat 60% korang dapat hasil 100%? melainkan kalau skim CEPAT KAYA PAK MAN TELO ker.... atau pun mcm yg kes penggubahan wang haram ha.... buat lah kerja cam tu nanti jadi cam Syarikat Noradz Travel tu yg dok tipu duit org ramai kan dah kena tindakan mahkamah... padan muka!!! Tak baik tau kita kena kerja dan bagi komitmen 100% lagi baik 150% dan kita PASTI akan dapat pulangan penuh 100%!!






Cari Penyelesaian Bukan Alasan. Biasalah kan alasan tu macam cara kita nak lepaskan diri dari tanggungjawab pulak kan.... so kalau ada masalah cuba cari jalan dan faktor2 penyelesaian. Kalau boleh SENARAIKAN....

Bina Hubungan Dengan Org Lain dengan erti kata lain PR kena bagus.... jaringan2 sosial tu kena kuat... tapi bukan buat SKANDAL SOSIAL pulak yer.... so kalau ada masalah kerja tak tau nak buat cam mana ker... jaringan2 ni insya'allah boleh membantu!

Jaga Diri ANDA Ini penting tau! Sebelum nak jaga org lain... nak jaga nak2 ker.. jaga suami ker... jaga pekerja di bawah ker... jaga bos ker.. kita kena make sure diri kita tu TERJAGA... terjaga dari sudut KESIHATAN, PERHUBUNGAN dgn org lain & KERJAYA anda. Hilang imbangan dlm ketiga2 aspek ni habislah... tunggang langgang hidup nanti!

Keluarlah Dr Kegelapan ni maksudnya korang jgn takut lakukan PERUBAHAN dalam diri, kerja atau apa sahaja... mcm makanan; korang jgn takut la mkn makanan lain dr yg biasa korang makan! Be kreatif sometimes changes tu akan bg impak positif termasuk dlm anjakan level of CONFIDENT korang... try tengok!

Jadilah Tangan Yg Di Atas Allah suka kalau kita ada sifat PEMURAH... ringan2kanlah tangan membantu mereka yg memerlukan. Bila kita bantu mereka yg dalam keadaan terdesak ni... insya'allah urusan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH...



Cari Di Mana KESERONOKAN Bekerja Agak2 korang dah boring dengan kerja korang apa kata korang bg sedikit sentuhan FRESHEN UP environment kerja korang, cari kawan kerja yg baru, hias ruang kerja korang dgn sesuatu yg baru, Tukar colr screen saver kat desktop korang ker.. letak pokok bunga ker.... beli pewangi bilik yg ada aromatheraphy ker..

Wednesday, October 5, 2011

Wangsa Walk 2011


My Sweet Little Girl : Nur 'Ain 'Aleesya Binti Mohd Azhar is 4 months now..


with HeR eVer DearY sisTer : NuR 'AiN AfEEqaH BinTi MoHd AzhaR 3years oLd


wItH muMMy...


with her EvEr DeaRest Family

"DaddY MoHd AzHar RaMLi.. Big Sister NuR 'AiN 'AqeeLah.. LittLe SiSta NuR 'AiN AfeeQah.. LittLe GirL NuR 'Ain 'ALeesyA & MuMMy"


Last weekend ambil kesempatan En. Hubby balik bercuti.. kitorang g Wangsa Walk bawa anak2 tengok wayang citer..... ceteka ceteka hehehe Mr. Bean is Johny English kat Wangsa Walk. Ditemani my brother Fezza and Shasha.. TQ yek accompany me kalu tak haru derrrr...

Akhirnya Datuk Adzhar Sulaiman dan Syarikat Noradz Travel Tumpas!


Penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anak perempuannya termasuk penyanyi, Noradzrin hari ini, dihukum penjara dan denda selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram melibatkan RM59 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, dihukum penjara dua tahun dan denda RM1 juta atau penjara 10 bulan bagi kesalahan mengambil deposit tanpa lesen manakala bagi kesalahan pengubahan wang haram dia dihukum penjara tiga tahun.

Anaknya, Noradzma, 35, yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan dihukum penjara setahun dan denda RM500,000 atau penjara enam bulan bagi kesalahan mengambil deposit tanpa lesen.

Bagi kesalahan mengubah wang haram, Noradzma dipenjara dua tahun.

Seorang lagi anak Adzhar iaitu penyanyi, Noradzrin, 26, yang pernah merakamkan lagu Pujaan Malaya pula menghadapi hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mengubah wang haram.

Selain itu, syarikat Noradz Travel & Services milik Noradzma dan Noradzrin yang menjalankan perniagaan pelaburan, penyewaan kereta dan insurans turut dikenakan denda RM5 juta atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen daripada orang awam.

Kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan secara berasingan mulai hari ini.

Rozana bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela, Afifuddin Mohd. Afifi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan tetapi hukuman denda perlu dibayar hari ini.

Beliau turut meminta tertuduh-tertuduh yang sebelum ini dibenarkan memberi cagaran RM500,000 bagi ikat jamin RM1 juta setiap seorang, membayar RM500,000 lagi untuk mengenapkan jumlah jaminan asal.

Terdahulu, dalam penghakimannya, Rozana menyatakan, pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Menurut beliau, pembelaan tertuduh kedua dan ketiga bersifat penafian semata-mata iaitu mereka mendakwa tidak tahu menahu mengenai perniagaan yang dijalankan oleh bapa mereka sedangkan keterangan membuktikan mereka mempunyai peranan aktif dalam hal ehwal syarikat.

”Mencari kekayaan bukan dengan cara ini, mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang tidak mengetahui perniagaan syarikat kamu.

”Saya berharap hukuman ini akan menginsafkan kamu supaya kembali ke pangkal jalan,” kata beliau.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia (BNM) serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan menerima deposit tanpa lesen, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya.

Nak baca lagi? Klik