Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Wednesday, February 22, 2012

This song reminds me on my late mom

Selamat Tinggal Ibuku

Album : Ya Rasulullah
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Sewaktu adzan mendayu-dayu
Ibuku pergi meninggalkanku
Perginya takkan kembali lagi
Kerna takdir telah menentukan

Do'a restu kuutuskan Untukmu ibu

Semoga diri ibu bahagia
Di akhirat yang kekal abadi

Ibuku kau pemupuk kasih sayang

Kerna kaulah ibu yang tercinta
Baktimu padaku tidak terkira
Hanya Tuhan dapat membalasnya

Ibuku walau kau pergi dulu

Namun kutetap mengingatmu
Kasihku padamu seperti dulu
Selamat tinggal ibuku

aku masih ingat lagi dulu, arwah mama belikan aku kaset lagu nasyid kanak-kanak. This song was in the track.. dan aku selalu nyanyi lagu ni sambil senyum dan pandang wajah Mama... sebab arwah sentiasa ada di mana aku ada. Masa-masa aku sentiasa dia ada.. dan aku tahu suara arwah adalah suara yang paling sedap dan lunak bagi aku tak kira waktu arwah menyanyi ataupun mengaji.. bila sesekali aku terdengar lagu ini dimainkan di corong-corong radio PASTI saat itu ingatan aku akan secara automatik mengimbau kenangan arwah dan aku especially masa kecil aku..

Ya Allah kau ampunilah dosa ibuku, sayangilah dia sebagaimana dia menyayangi aku ketika kecilku, tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman dan Engkau kasihi. Amin Ya Robbal Alamin...

Sabar Dalam Mendidik Anak

Sabar? Huhuhu tajuk jer sabar TAPI tak ndinafikan kadang kala kita tak sabar jugak. Bukan korang la kot... I'm referring to ME myself.. hehehe tambahan pulak aku sorang-sorang tanpa suami di sisi menjaga, mendidik, mengasuh, membesarkan tiga orang anak kecil memang teruji tahap KESABARAN aku.

Aku baca thread sorang member yang beranak satu... (actually ramai sekarang member-member yang beranak satu ni) semua pun excited dalam mendidik anak dari menata rias anak hinggalah ke pendidikan anak... aku pun macam tu jugaklah semua diambil peduli. Bukan aku nak kata sekarang aku tak peduli dengan anak-anak... sebenarnya aku lagi kalau boleh nak bagi anak-anak PERFECT; boleh mengaji, boleh menulis, boleh mengeja, IQ tinggi, EQ tinggi, cantik, manis, bergaya, sopan, santun, pandai berbicara, sedap didengar, mengenal huruf baik ABCnyer.. Alif Ba Taaa nyer mahupun 123 nyer.. boleh berbahasa INGGERIS.. semualah kalau boleh semua pun nak!!!

TAPI

Aku terikat dengan jadual, pengaturan masa, menguruskan rumahtangga, menguruskan anak-anak, menguruskan sekolah anak-anak di samping kerja-kerja di pejabat

KALAU BOLEH

selagi mata tak tutup aku nak buat semuanya.. aku nak bersih keadaan anak-anak dan rumah yang mana aku selalu tekankan pada anak-anak especially Aqeelah yang sudah boleh berfikir "ALLAH sukakan yang cantik dan bersih, ALLAH tak suka kotor, kalau kotor maknanya kita duduk dengan..............?"

"SYAITAN...." sambung Aqeelah

semua pun aku kaitkan dengan ALLAH dan SYAITAN dan kadang kala aku boleh dengar dia membebel dengan adik dia dan ada masa dia bercerita tentang SYAITAN dari sudut fahaman dia kepada adik-adik dia... (syukur dia faham getus aku dalam hati)..

Ada masa dan ketikanya,

Fizikal ku LESU, mental tak sekuat mana dan aku mudah KALAH pada ujian ALLAH... namun aku tadahkan tangan SENTIASA memohon diberi kekuatan mengharungi segala yang telah diaturkan untuk aku dalam membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi. Ramai dan banyak orang kata; perlu kuat di dalam dan di luar!!!!

akhir-akhir ini Solat Subuh, Maghrib dan Isyak aku ditemani Nur 'Ain 'Aqeelah... syukur sangat. Bacaan dalam solat sudah dihafalnya... aku perlu membaca dengan kuat agar dia mendengar (permintaan dari seorang anak).. dan dia juga selalu mengingatkan aku tentang solat!!! Sedikit sebanyak hati seorang ibu tersentuh dan terkesan oleh pencapaian anak tanpa disedari...

Bebelanku, Leteranku, Kerahanku, Kemarahanku, Keletihanku, Kelesuanku, Keterkejaran aku selama ini rasa tebalas... Syukur padamu ALLAH; Kau Mengetahui setiap sesuatu....

Semoga aku terus sabar dan tabah dalam mendidik anak-anakku...

Amiiiiinnnnn...

Pesta Buku ISLAM - TERBESAR




JOM.... bawa anak-anak gi PESTA BUKU ISLAM. Didik anak dari kecil untuk suka ke tempat-tempat yang boleh mencambah ilmu nih... esok dah besar suka dengan tempat2 cam nih.. biar berbelanja lebih untuk dapatkan ilmu especially UKHRAWI.... insya'allah berkat untuk setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

Amiiiiiiiiiinnn.....


Apa lagi....

24 Feb - 4 Mac 2012
PUTRAJAYA
Dewan Cempaka Sari PUTRAJAYA
(Berhadapan Masjid Sultan Mizan)

It's Time For Disney On Ice - Chill Out Gals..

Disney On Ice: Let’s Celebrate! – Saksikan Mickey Mouse Dan Rakan-Rakan Di Malaysia !

Disney On Ice: Let’s Celebrate! akan ke Malaysia pada Mac ini . Ini merupakan satu peluang keemasan kepada peminat Kartun Mickey Mouse dan rakan-rakannya dimana mereka bakal mengadakan satu persembahan khas yang melibatkan dua elemen iaitu Ice dan Muzikal. Ia pasti memberikan satu kelebihan dan keseoronakan kepada kanak-kanak dimana waktu persembahan ini diadakan pada waktu cuti sekolah iaitu pada 9 hingga 11 mac 2011 dan bertempat di Penang International Sports.

Persembahan ini dibawakan khas dari Los Angeles dan kini tampil ke Malaysia. Oleh itu, para peminat kartun Disney tidak melepaskan peluang keemasan bagi menyaksikan kartun kegemaran anda ini. Tiket yang dijual dari bernilai dari RM 68 hingga RM 211.25 dan boleh mendapat diskaun 15 % kepada pemilik kad ahli Maybank dan Toy “r” us.

inilah peluang anda bersama keluarga untuk bersantai sambil menikmati persembahan khas yang pasti akan meninggalkan satu kenangan manis anda bersama keluarga. Berikut adalah senarai harga tiket dan penetapan tempat menonton :-

Ticket outlets di Penang:

  1. PERFECT TIME MUSIC SDN BHD{QB}
    2F-72,QUEENSBAY MALL,
    100, PERSIARAN BAYAN INDAH,
    11900 BAYAN LEPAS, PENANG
    04-6423100
  2. EVOLUTION MUSIC HOUSE
    NO.170-03-16/19,
    PLAZA GURNEY,
    10350 GEORGETOWN, PENANG.
    04-2286519
  3. PISA BOX OFFICE
    04-6412152
THANK YOU 2 KLIK

Thursday, February 9, 2012

Jom Berbakti kepada Nusa dan Bangsa.....

ha!! Aku rasa nak kembali ke sekolah laaaa sekolah yang telah memberi aku inspirasi untuk berjaya! Sekolah yang telah banyak menyimpan kenangan baik pahit dan manis..




SMVAS
sekolah menengah vokasional ampangan seremban, negeri sembilan




so aku kena dapatkan kerjasama daripada ALUMNI sekolah, jumpa Pengetua dan barisan tenaga pengajar memberitahu idea suci murni aku.... rangka program yang akan dijalankan, cari penaja jika perlu, estimate cost, dan yg penting dapatkan impak seterusnya OUTCOME daripada CSR tuh!

Wednesday, February 8, 2012

CSR - Community Service & Responsibility


waduh... waduh.... pening kepala nih!!! Apa tidak nya tengah memikiokan idea nak buat paper work CSR nih! Nak present 29hb ni... just around the corner jek tuh!

Aku tengah memikiokan idea nih...

Korang ada idea? Bagilak bantulah aku nih.... hua hua hua..




umah sapa pulak yg aku nak renovate nih? Mangsa banjir? Kawasan mana.... kena pilih betul2 rumah nyer tu... karang ada 10 buah rumah yg dilanda malapetaka... mesti 10 - 10 nak di renovate! Jeles plak nanti.... hahahahaha



Derma? Jumble Sale? Charity Sale? Panggil artis.... duit collection kita bg pada charity home yg terpilih... yg betul2 inneed giler fund... ok gak kan?

Lagi.... lagi... lagi... idea!!!!


Ha..!! Baik pulih Dewan orang Ramai kat kekampung? Baik pulih playground? pun cun jugak idea ni kan.... untuk future leaders... dari playground segalanya bermula...

Ok gak idea tuh!

Lagi... lagi... lagi... idea..


Go GREEN... tanam pokok! Planting Day... ok gak cam AEON buat salu siap bawa Siti Nurhaliza lagi..... mesti ramai yg nak buat konsep Go Green ni kan?