Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Friday, January 27, 2012

Maulidur Rasul SALE

Stay ALERT!!!! I'm going to let go my lil 'Aleesya baby carrier / car seat brand HALFORD color Black/Red. I'll upload the pic soon and the price offer!!! Once confirm the SBPA and I've found the right new car seat, I will launch the MAULIDUR RASUL SALE...!!!

hahaha since SBPA dah kena tangguh so aku nyer Maulidur Rasul SALE terpaksa ditukar / diubah kepada Jamadil Akhir SALE.... yee haa..!!! (sebenarnya hati ini sedih jugak, apasal lambat sangat nak dapat gaji SBPA nih.. takpelah rezeki itu tetap ADA kerana ALLAH itu MAHA WUJUD dan mengatur yang terbaik untuk setiap Hamba-Nya yang sentiasa tunduk dan sujud kepada-Nya... hehehehe

Sebagai info tambahan kan... :

HALFORD BABY CARRIER / CAR SEAT (0 - 12m)

  • washable
  • cuma sun roof dia (hehehehe ayat x boleh blah) loose sedikit tapi still boleh guna

if let say korang ada / berminat dengan Halford Cosmo DX Travel System (klik Halford) lagi best antaranya:

  • 5 recline sampai baring pun boleh sesuai untuk baby yg baru lahir.. tegak sesuai untuk baby yg dah boleh duduk (explore pemandangan)...
  • carrier boleh diletak terus dalam stroller let say baby tertidur dlm carrier & korang dah pun sampai ke shopping complex (hehehehe) angkat je carrier sambung tido tanpa gangguan dalam stroller... function ni paling aku suka..
  • Stroller boleh dilipat secara payung (menjimatkan ruang dalam bonet kereta (yg ni pun aku suker... kalau sebelum ni stroller yg aku beli sumer makan space sampai hubby pun bising! Tapi sekarang tak yah suruh loading, dia dah loading stroller hehehe)
Tengoklah kalau ada rezeki dan korang pun memang nak beli pakej aku tolak la carrier & stroller HALFORD tu tapi kalau korang nak carrier je pun takpe no problem!

So just wait end of APRIL / Jamadil akhir ok.... insya'allah aku dengan ikhlas nak let go. Price ikutkan kalau korang search harga HALFORD Carrier / Car Seat and HALFORD Stroller (klik Halford tuuu...) korang sendiri tahu berapa harga dia... tapi aku ikhlas akan tolak separuh dari harga yg korang tengok tu... korang propose harga kat aku, then aku akan timbang2kan... win win situation!

Aku dok PUTRAJAYA... kalau nak tengok dulu baru puas hati pun boleh. Salu aku jual kat org, aku soh dorang dtg n tengok sendiri baru aku jual.. n bagitahu dulu bila nak dtg tengok sbb aku akan make sure Halford Cosmo DX Travel System aku dlm keadaan yg baik dan bersih sebelum hand over...

panjang lagi masa korang search n pikir2kan dulu...

Wednesday, January 25, 2012

9 waktu mustajab nasihatkan anak-anak

9 WAKTU MUSTAJAB NASIHATKAN ANAK-ANAK

Sangat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak terutama yang sedang membesar dan memerlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :



1-Sebelum anak tidur.

2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).

3-Selepas anak bangun tidur.

4-Selepas anak mandi.

5-Selepas anak solat.

6-Selepas anak membaca al-Quran.

7-Selepas anak berdoa.

8-Selepas anak beriadah.

9-Ketika emosi anak terangsang
(contohnya selepas memarahi anak).



Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah
(apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).



Surah al-Nahl, ayat 97
(amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”



Ayat akhir surah at-Taubah
(baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”



Insyallah….Wallahualam.

(credit to
http://babyibu.blogspot.com/)

TQVM to my fren Yusliza Jamalut... "Diary of Love"

Wednesday, January 11, 2012

Nur 'Ain Afeeqah & her Best Friend


~Ain & Auni~


Hahahaha this time around entry pasai anak aku; Nur 'Ain Afeeqah Binti Mohd Azhar and her best friend Tg. Auni. Actually aku dapat report dari Penjaga kat Taska so called "teacher".. diorang ni ada KLIK! Actually ada tiga orang sebenarnya TAPI yang sorang (Faqiera) tak nak bergambar maybe mood hari ni tak baik... anak aku puas pujuk kawan dia tu untuk bergambar TAPI tersenyum2..... tersengih2... ajer!

Hari2 nak bawa bekal untuk Auni... dr jauh nampak Auni dah jerit "Mummy, Auni!!!" - kalau sampai skul nampak Auni duduk depan TV, mesti nak duduk kat sebelah Auni; nyanyi2 dengan Auni... kuang3x

Kat umah pun sama, asyik Auni ajer yang dia sebut... nanti ada masa aku upload gambar diorang THE LITTLE 3 STOOGES ok... tinggi lebih kurang cuma anak aku yg paling kurus... yg paling putih Auni dan yang paling comey Faqiera! Rambut dorang pun sepesen ajerr KERINTING... itu yg kelakar tu. Pandai betul diorang berkawan...

Hari ni entah apa demam nak pakai BAJU KURUNG!!! Ikutkan ajer..

Friday, January 6, 2012

Hati ini tersentuh........

Aku copy bulat2 post member aku Suhaili Zahidi tentang satu berita yang agak mengejutkan bagi kami warga MOF di Putrajaya, warga Pee Tee Dee yang mengenali arwah Noria dan suami... berita yang telah mengejutkan ramai orang berkongsi derita seorang anak; Rayyan dan seorang suami; Muhammad Akram... perginya seorang isteri di saat melahirkan anak pertama mereka, perginya seorang isteri ketika mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama, perginya seorang ibu yang tidak sempat memberikan anaknya Rayyan merasa air susunya... dan di saat ini Rayyan yang berusia 2 minggu masih bertarung nyawa... Ya Allah berilah dia kesembuhan dan kuatkanlah semangat ayah dan anak ini.... sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Berkuasa...! Amin.

Doa buat adik Rayyan Ikhwan bin Muhammad Akram

Baru-baru ni saya (dan ramai rakan-rakan FB) dikejutkan dengan berita kematian seorang ibu akibat komplikasi pendarahan sewaktu melahirkan anak. Masa baca kisahnya di FB, saya hanya tahu yang arwah seorang PTD, sama seperti saya. Kemudian bila dibaca lebih mendalam, baru saya tahu yang rupa-rupanya arwah adalah isteri kepada seorang kenalan saya di pejabat lama dahulu.. Ya Allah..tersentuh sangat hati ni bila membaca luahan hati seorang suami.. Mereka baru saja berkahwin pada bulan Disember 2010, dan arwah meninggal pada Disember 2011..2 hari selepas melahirkan anak mereka.


Ini gambar terkini adik Rayyan Ikhwan bin Muhammad Akram.. Dari wall Akram :‎06.01.12 - Genap 2minggu usia Rayyan Ikhwan..anak ini masih brjuang utk hidup..Allah ul Karim..aku memohon smbuhknlah dia dgn kesihatan smpurna..berilah ketabahan & semangat juang yg tinggi..berilah dia peluang mmbalas pngorbanan ibu & ayahnya..Allahuakbar..aku memohon padaMu ya Allah..

Dari wall Akram pagi ini pula: 1030am, 06.01.12 - sudilah kiranya, shbt2 dpt mndoakan keselamatan & kesihatan yg smpurna buat anak saya, Rayyan Ikhwan yg kini masih di Wad 2, HRPZ II..sudah celik mata, namun masih belum dpt merasai air susu breastfeed ibu saudaranya.stakat ini, tiub dimasukkan dari saluran tekak terus ke saluran perut baby.moga barakah & doa shbt2 di hari Jumaat dimkbulkan..jika tidak keberatan, dpt solat hajat..

Kawan-kawan, marilah sama-sama kita doakan keselamatan bayi kecil ini. Tersentuh sungguh bila mengenangkan dia tidak sempat merasa susu ibunya.. (mengalir air mata sambil menaip entry ini). Marilah sama-sama kita doakan moga Allah panjangkan usia Rayyan, moga dia dapat mengenali ayahnya & dapat membalas jasa serta pengorbanan ibu yang berjuang melahirkannya..

Dan buat arwah Noria, semoga arwah tenang di Sana..insyaAllah, ganjaran besar menantinya kelak.. Semoga kita juga beroleh Husnul Khotimah seperti arwah.. al-fatihah..