Click-it

Followers

JOIN / BE A MEMBER

Be a MEMBER to GUGURL and let us know when is your kids birthday and we will send a Birthday Pack Full of SURPRISES on your Kids Birthday!!!

Wednesday, December 28, 2011

Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.



SITI Farah Aini Jamaludin menunjukkan alat bantuan perubatan yang digunakan dalam kes mengeluarkan kahak daripada kerongkong bayi.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Tuesday, December 27, 2011

PPTD Night Cycle Hunt 2011


Jom hebah2kan kepada semua warga PTD yang berminat untuk menyertai!!! Penyertaan masih terbuka sehingga hari Khamis...

Bantu membuat hebahan....

Boleh mengayauh TAPI tak ada basikal? No worries Dear...

Basikal PROVIDED!!

________________________________________________________

PERTANDINGAN PPTD NIGHT CYCLE HUNT 2011

TARIKH

: 30 DISEMBER 2011 (JUMAAT)


MASA

: 6.00 -12.00 MALAM

TEMPAT

: DATARAN PUTRAJAYA DAN SEKITAR PUTRAJAYA

Syarat Penyertaan :

1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua ahli PPTD dan Persatuan Basikal yang dijemput sahaja.

2. Setiap pasukan diwakili oleh lima (5) orang peserta dan boleh terdiri daripada peserta lelaki dan wanita.

3. Setiap Kementerian/Jabatan Kerajaan digalakkan untuk menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan.

4. Penyertaan terhad kepada 30 pasukan (satu pasukan – lima basikal). Basikal akan disediakan berdasarkan siapa cepat kepada ahli PPTD sahaja. Peserta digalakkan menggunakan basikal sendiri dan sebarang risiko semasa menggunakan basikal yang dipinjam atau basikal sendiri adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

5. Setiap ahli pasukan dikenakan yuran KOMITMEN seperti berikut :

i. Ahli PPTD : RM 10.00

ii. Bukan ahli PPTD: RM20.00

(Yuran meliputi sehelai t-shirt, goody bag dan peluang memenangi hadiah utama pertandingan.)

6. Bayaran RM50.00 akan dikenakan sebagai deposit bagi yang meminjam basikal dan hendaklah dibayar semasa hari pendaftaran.

7. Borang yang telah lengkap berserta slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada Pn. Nurliana binti Suparman melalui emel nurliana@nre.gov.my. Sebarang pertanyaan penyertaan sila hubungi 017-7297672 (Pn. Nurliana) atau En. Norihan bin Abu, e-mel; norihan.abu@moe.gov.my telefon: 016-2238944.

8. Hanya pasukan yang membuat pembayaran penuh dianggap sah untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang pembatalan penyertaan, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan walau bagaimanapun penggantian peserta adalah dibenarkan.

9. Peserta adalah tertakluk kepada syarat/peraturan lalulintas di Putrajaya. (Memakai topi keledar/helmet dan menggunakan lampu basikal)

10. Setiap peserta WAJIB mematuhi semua syarat & peraturan yang telah ditetapkan. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya terdapat pelanggaran syarat & peraturan dan hendaklah mematuhi arahan dari Marshall.

11. Keputusan pengadil/hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

12. Penganjur berhak membatalkan pertandingan ini atas sebab-sebab keselamatan dan kepentingan umum.

13. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Disember 2011 (Khamis).


BORANG PENYERTAAN PPTD NIGHT CYCLE HUNT 2011

Kepada,

Nurliana binti Suparman

Urusetia Penyertaan

Pertandingan PPTD Night Cycle Hunt 2011

Puan,

PENYERTAAN PERTANDINGAN PPTD NIGHT CYCLE HUNT 2011

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama ini disertakan maklumat penyertaan daripada pihak kami seperti yang berikut :

a) Nama kumpulan : ...................................................................

b) Jumlah bayaran :RM ...........................................................

c)No Telefon Untuk Dihubungi: ...................................................................

d) Ahli Pasukan

BIL

NAMA

Kementerian

No.Ic

Saiz baju

*

Nama Pasukan :

1

Ketua Pasukan:

2

3

4

5

Bilangan basikal yang diperlukan:………………..

(Deposit basikal dibayar semasa hari pertandingan)

v Pasukan diwakili 5 orang sahaja.

3. Sila daftarkan pasukan ini ke pertandingan tersebut dan kami akan patuh kepada segala peraturan pertandingan yang telah ditetapkan.

4. Disertakan bukti pembayaran yuran penyertaan yang telah kami masukkan ke dalam akaun CIMB Bank 02050092663528 (Norsalimi binti Shaleh) pada tarikh ………………….. .

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

...................................................................

( )

**Tandatangan dan nama Ketua Pasukan



Lirik Lagu OST Ombak Rindu


Aku ingat lagi time baca novel nih aku umo 18tahun derrr.... TENGAH GILER MEMBACA NOVEL bersama kawan2 aku Shida, Rahilah, Sally, Mo'ajah, Atiqah dan Linda... habis satu novel ke satu novel... kitorang siap buat review lepas tuh!!!

Gila novel tak hingat nyer... masa time tu tak der der nak giler pakwe!!! Hahahaha.... bila kua cite nih kat panggung aku terus teringat kat member2 aku tuuu... akrab tak hingat!! Kepada mereka yang tak berkesempatan membaca dan mengenali kulit buku novel nih... tarrrrrrraaaa; aku upload untuk korang!! Ngeh ngeh ngeh...

TAPI

yg pasti pembawaaan watak Izzah pada Maya Karin tak cukup Ummmmppphhhh nyer!!! Weeeeiii baca novel la baru korang boleh JIWAAAA watak Izzah seorang gadis kampung yang nothing to something pada seorang lelaki..... huhu!!









Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku




Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku





Lirik Lagu Lelaki Seperti Aku by Alif Satar




Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu


Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Tuesday, December 20, 2011

GRACO Booster Seat Nak Let Go, Sweet Cherry Car Seat pun Nak Let Go




Thank You sbb sudi visit blog GuGurl.
This time around CHRISTMAS SALE.. GuGurl nak let go GRACO BOOSTER SEAT pulak.

Color : Light Blue n Dark Blue
Quantity : 2 unit

(Both Booster Seat Sold to Meena Mont Kiara through Mudah.com) TQVM.

Sweet Cherry Infant Car Seat tu pun nak let go kalau ada yang berminat. Boleh bid price untuk Sweet Cherry tu..
(SOLD to SURAYA Damansara TQVM)


contact saya : 012-3617091 - ffie

Thursday, December 1, 2011

Exclusive Breast Milk kini Terhenti... Cukup 6 1/2m

huhuhuhuhu I'm back!!!!!! Setelah 9 hari berjauhan dengan anak2... akhirnya pada Ahad 27 November 2011 kami bersatu semula.


TAPI......


My little Girl Nur 'Ain 'Aleesya dah minum S-26.... so my exclusive BF for her end up at her age of 6 1/2 m... (syukur kerana dpt tempoh exclusive panjang sikit compare tu her sister Nur 'Ain Afeeqah)...

BUT STILL....

I'm little bit down because my milk drop just like that .....

time dekat dlm hutan tuuuuu...... pam aje mesti dapat full sampai 6oz

TAPI

BUANG.................!!!
The next day & following day pun macam itu juga... BUANG!!

Sekarang 'Aleesya pun dah tak nak hisap (mcm xde susu jerrr) tapi nak tido lepas minum susu botol dia mesti nak hisap.... (rasa syukur juga kerana terasa BONDING Mummy - Daughter)

Tapi Aku Tak Kan Putus Asa Begitu Sahaja, Aku Akan Continue Ambil Supplement Demi Anak-anak!!

Semoga Allah mempermudahkan urusan aku! Amin.